Si pemberi komen yang pengecut

Dunia blog sekarang, selain artikel atau post, penulis blog ada yang mengharapkan komen daripada pelawat atau pembaca blog masing-masing. Sebenarnya kalau pendapat saya, komen daripada pembaca blog itu tidak penting, kerana artikel atau post yang anda tulis itu bergantung kepada kontent yang ditulis, dan sejauh mana orang mencari artikel yang anda tulis tadi.


Kalau blog peribadi, artikel yang ditulis itu lebih kepada pendapat peribadi, tetapi artikel tadi tetap diminati dan dikomen.


Tetapi apa yang menyedihkan, terdapat beberapa komen yang saya anggap adalah komen yang pengecut. Komen pengecut ialah apabila komen yang diberi lebih kepada ‘negative thinking’ dan yang lebih utama, si pengecut ini meletakkan nama ‘Anoymous’. Kadang-kadang naik menyampah pula dengan perkataan Anoymous tadi.. Mereka yang memberi komen yang negatif ni le yang suka letak nama samaran, lepas tu tak de pun link yang boleh disambungkan ke email atau pun blog si pemberi komen.

Kepada si pemberi komen, sudah sudah le tu… Insaf le.. Kalau setakat komen buruk lepas tu letak nama Anoymous, lebih baik anda tidak perlu pergi ke blog orang memberi komen yang begitu sampah bagi saya. Sudah le tu… pergi buat solat sunat taubat…!!!!