Seorang wanita tua sepi di kaunter bas!

image

Kadangkala saya suka duduk di perhentian bas, lokasinya ialah di Kompleks Pusat Bandar, Pasir Gudang. Kenapa saya suka duduk di situ, tidak ke tempat-tempat hiburan yang lain? Sebab kalau nak cari idea takkan kat tepi tasik atau di tepi pantai aje yang boleh?

 

Perhentian bas ni pun kira okey apa, sebab di sinilah macam-macam gelagat manusia yang boleh dilihat. Kebetulan saya duduk berdekatan dengan kaunter bas yang menjual tiket. Dekat dengan tempat saya duduk tadi, ada seorang wanita tua dengan dua buah bungkusan (saya rasa kerepek atau keropok) duduk di bangku bersebelahan.

 image

Saya sebenarnya tidak menghiraukan sangat mak cik tu kerana di kepala saya sedang rancak berfikir. Ada seorang polis muda yang sdang membuat rondaan (agaknya) berhenti di dean wanita tua tersebut dan kemudia saya mendengar dialog antara mereka berdua.

 

Polis Muda : Mak cik buat apa dengan bungkusan jajan ni…?

Wanita Tua : Mak cik jual, cara ni mak cik menyara diri…

Polis Muda : Mak cik tinggal kat mana?

Wanita Tua : Kat Cendana tu…. (Taman Cendana, Pasir Gudang), mak cik datang jalan kaki ke sini nak jual kerepek ni…

 

Saya terfikir balik, jauhnya mak cik ni berjalan… Taman Cendana ke Kompleks ni pun dah 4km dan dialognya bersambung…

 

Polis Muda : Jauhnya mak cik jalan kaki.. Suami atau anak tak antar ke?

Wanita Tua : Suami mak cik meninggal. Anak-anak mak cik sibuk. Mak cik tak nak susahkan anak-anak..

Polis Muda : Lee mak cik, kalau ye pun nak jual kerepek, takkan sampai jalan kaki. Berat juga 2 beg kerepek ni… Mak cik dapat kerepek dari mana?

Wanita Tua : Mak cik dapatkan dari kampung.. ni je cara mak cik cari makan….

Polis Muda : Susah juga ek makcik cari makan macam ni… Anak-anak tak menolong ke?

Wanita Tua : Anak mak cik semuanya sibuk. Dah ada keluarga… Tak merasa duit diaorang….

 

Kesian pula saya pada mak cik tu… Anak-anaknya betul-betul sibuk ke ? Atau memang dah lupa kepada ibunya sendiri. Saya pun terfikir semula. Apa ke benda le anak-anak ni.. Dah le biarkan ibunya pergi jalan sorang-sorang jual kerepek.. Duit pun satu sen tak bagi… Sememangnya mak cik tadi tak meminta duit anak-anaknya, tetapi paham-paham le sendiri.. Apa le salahnya kalau diberi sedikit duit diaorang tu kat ibunya? Salah ke?

 

Ingat, tak berkat rezeki kita sebenarnya jika ibu tak redha kita tau…!!!!

Petang tadi saya ada melepak kembali di perhentian bas, ingatkan nak beli kerepek mak cik, tetapi tak nampak mak cik tu, sama ada di perhentian bas, atau pun di mana-mana tempat..

 

Saya doakan moga-moga mak cik sihat selalu…