Sembahyang Tonggang Tonggek – Ayat yang kurang ajar

image

Sering kali bila berbual kosong, sering kali juga le terdengar ayat yang kurang enak di dengar iaitu “Sembahyang Tonggang Tonggek”. Ayat ini biasanya boleh di dengar di mana-mana sahaja, di kilang, di pejabat kerajaan, di balairaya, di pasar, di kedai runcit atau di mana-mana sahaja di muka bumi Malaysia ni.


Ayat ini biasalah, masa mengumpat orang, contoh ayat yang terkeluar adalah seperti begini…

“ Si Milah tu nampak aje macam tu, tapi sembahyang tonggang tonggek tu….!!!”

atau

"Sembahyang Tonggang Tonggek si Senah tu pun , keluar dengan laki orang Mak Cik Pah woooiiii”


Tujuan saya menulis post ni pun nak menyedarkan orang yang tak sedar diri.. Dah le perkataan sembahyang pun keluar, lepas tu ditambah lagi dengan perkataan “tonggang tonggek, tonggang tonggek”. Seolah-olah sembahyang tu macam perkara yang hina atau tak perlu dibuat orang. Saya pun terfikir siapa le yang mempopularkan ayat yang bagi saya memang kurang ajar macam tu? Mau pancung aje kepala dia.

Ayat tu pun popular ketika mengumpat orang. Dah le mengumpat pun benda tak bagus, ditambah perisa dengan ayat “sembahyang tonggang tonggek”!

Henti-hentilah cakap pasal sembahyang orang lainsampai keluar perkataan tonggang tonggek tu.. Tak baik pasal kita seolah-olah menghina suruhan Allah, yang merupakan rukun Islam ke 2. Berdosa tau..!!!