Semakin banyak kontest… semakin banyak blog baru..semakin banyak blog mati!

image
Sejak kebelakangan ini, perkembangan penulisan blog di Malaysia amat mengangumkan. Semakin banyak bloggers yang semakin berani menawarkan macam-macam kontest di blog masing-masing bagi menarik minat para follower menyertai kontest yang dianjurkan oleh penulis blog.

Terdapat juga segelintir kontest yang dianjurkan oleh bloggers mahukan bloggers yang lain mempromosikan link atau blog yang menganjurkan
kontest itu tadi.


Sebenarnya walaupun saya sendiri tidak menganjurkan sebarang kontest atau menyertai apa-apa kontest pun, saya memang suka dengan perkembangan dunia penulisan blog di Malaysia ini. Cuma yang amat merungsingkan ada yang mewujudkan blog semata-mata untuk memasuki kontest tadi. Apa jadi selepas kontest ditutup? Ada blog yang selepas itu terus mati, maksudnya selepas tamatnya kontest, blog yang hanya mahu menyertai kontest tadi terus tidak terupdate sampai le ke hari ni… Tut tut ada blog terus ditutup, ataupun blog terus sepi menjadi angin bayu…

Apa yang saya harapkan, kepada mereka yang menulis blog semata-mata untuk menyertai kontest, henti-henti le buat kerja yang sia-sia. Menulis blog bukan semata-mata nak menyertai kontest atau nak meng’glamour’kan diri sendiri. Menulis blog perlu kepada minat dan kepuasan… Bukan mengejar wang atau glamour.