Selamat Hari Guru

image

Dengan Tema Hari Guru untuk tahun ini iaitu “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru saya yang pernah mendidik dan mengajar saya sejak dari Tadika lagi hinggalah ke hari ini.

 

Guru bukan sahaja di sekolah, tetapi sesiapa yang pernah mengajar dan mendidik kita, sepatutnya kita anggap dia adalah guru kita. Baru lah hidup ni ada keberkatan.

 

Kepada cikgu-cikgu saya ketika di sekolah rendah (Sek Keb Pasir Gudang 1), tidak lupa juga di Sek Men Pasir Gudang 1, Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan pensyarah-pensyarah di UTM, saya ucapkan selamat hari guru kepada semua dan tidak lupa kepada semua guru-guru di Malaysia.