Selamat Hari Buruh 2011

Bulan Mei ni .. macam macam sambutan untuk alam manusia menyambutnya di seluruh dunia. Ada hari pekerja, hari guru dan hari ibu. Untuk post hari ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari pekerja. Walaupun hari ini sebenarnya ialah 2 Mei dan sepatutnya sambutan hari pekerja ialah semalam, tetapi hari ini ialah untuk menggantikan 1 Mei yang jatuh pada hari Ahad. Maka sambutan yang sebenar-benarnya ialah pada hari ini.


Kenapa saya nak mengucapkan hari pekerja? Kerana saya seperti mereka yang lain, ialah seorang pekerja yang sedang makan gaji. Untuk bekerja sendiri mungkin ia akan memakan masa juga, maka seperti pekerja-pekerja yang lain, saya menyambut hari pekerja dengan meluangkan masa pulang ke kampung isteri di Batu Pahat, Johor sebab dah lama tak balik pun.

Apa yang hendak saya tekankan di sini, hari ni ialah hari pekerja. Kalau ada majikan yang tak nak bagi kerja atau memaksa anda bekerja, anda tahu apa hak anda kan? Ada sesetengah majikan memaksa kita bekerja, tetapi elaun lebih masa tidak diberi. Kalau diikutkan, sekiranya kerajaan dah declare hari ni cuti, maka sepatutnya majikan kena bayar anda ‘double paid’ tu.. bukannya setakat 1.5 pendaraban atau pun tak bayar gaji langsung.

Macam-macam cerita yang tidak enak diluar sana tentang majikan yang cuba memeras ugut pekerja, pekerja tidak dibayar gaji, pekerja di sumpah seranah dan sebagainya. Jika ada penyelia atau bos anda yang cuba menyentuh dan memukul, anda berhak mendakwa mereka di mahkamah buruh. Nah! Segala peruntukan yang ada untuk melindungi pekerja sudah pun tersedia. Maka kenapa tidak digunakan dengan pergi ke pejabat buruh?

Apa pun, selamat hari buruh dan selamat bercuti untuk anda semua.