Ruangan Interview bersama Bloggerzz!!!

image
Saya dahulu bercita-cita untuk mewujudkan satu ruangan yang dipanggil “Interview Bersama Bloggerzz” di mana soalan yang saya akan interview akan dipostkan kepada penulis blog tersebut melalui email atau pun dengan apa cara sekali pun… Tetapi setakat ini hasrat untuk menginterview orang belum lagi tercapai, kecuali apabila saya pernah di’interview; oleh
salah seorang pembaca blog saya di Pasir Gudang tempoh hari (dengan Adam Jazlee)

Walau bagaimana pun, dengan siapa agaknya saya boleh dan sudi untuk di “interview”?
Adakah dengan penulis blog baru atau pun otai-otai blog?

Antara orang yang disenarai pendek untuk di interview oleh saya termasuklah?
i.) Rizal Hashim (Penulis blog Sukan : http://rizalhashim.blogspot.com/)
Kalau kay Astro Arena bukan ke main lagi dia interview orang. Apa kata kalau dia yang kena interview?)

ii.) Justkhai ( http://justkhai.com)
Justkhai ni kira otai le jugak. Memang kalau saya berpeluang, nak berjabat tangan dengan dia.

iii.) Ben Ashaari (http://benashaari.com)
Tak perlu lagi dperkenalkan, antara blog personal yang menjadi tumpuan seluruh alam maya di Malaysia kerana mempunyai follower dan pelawat yang tinggi. Saya pun mau belajar ilmu dengan Ben Ashaari kalau boleh.

iv.) Marzuki (http://selangor2u.com)
Marzuki pun antara penulis blog yang handal, walaupun agak low profile.

v.) Ariff Shah (http://ariffshah.com)
Ariff Shah dah kurang sikit menulis sejak akhir-akhir ni.. Tetapi saya pun nak berkenalan dengan lebih dekat bersama Ariff Shah.

Masih ramai juga dalam senarai pendek saya untuk di’interview’ oleh saya.
Tetapi adakah mereka sudi untuk di’interview’ Hmmm boleh jawab tak diaorang ni?