Review drama Tanah Kubur (drama bersiri)

image

Jika kita masih ingat, pengarah dan produser Rashid Sibir telah menghasilkan sebuah telemovie berjudul Tanah Kubur pada tahun 2004. Lanjutan daripada telemovie Tanah Kubur, kini Rashid Sibir telah menghasilkan sebuah karya yang judulnya sama,tetapi dalam bentuk plot yang berbeza serta dibuat dalam bentuk bersiri.

Berbeza dengan telemovie Tanah Kubur yang dihasilkan 7 tahun yang lepas, drama bersiri Tanah Kubur hanya mengambil masa 20 minit untuk bersiaran (tidak termasuk iklan). Disiarkan melalui Astro Oasis setiap hari Jumaat pukul 7:30PM
image
Apa yang menariknya di sini, plot drama ini tidak sama dengan telemovie. Jika di telemovie mengisahkan seorang hartawan yang kaya raya tetapi akhirnya segala kekayaannya tidak mampu membantunya bila sudah meninggal dunia, pada drama bersiri pula mengisahkan seorang tua yang bernama Pak Adi yang bekerja sebagai penggali kubur yang mengalami beberapa pengalaman yang menginsafkan selepas jenazah dikebumikan dan ketika menggali kubur. Antaranya kemunculan ular hitam di liang lahad akibat amalan memakan riba, nisan mengeluarkan api kerana si mati sewaktu hayatnya suka mengumpat dan liang lahad mengeluarkan air hitam busuk kerana si mati dulunya suka memakan harta anak yatim.. Di Astro Oasis, Tanah Kubur baru menjangkau 3 episod.

Di antara pelakon yang mewarnai drama ini ialah Nasir Bilal Khan yang memegang teraju utama dalam ke semua 13 episod, Fauziah Nawi, Ahmad Tarmimi Serigar, Abu Bakar Juah dan ramai lagi nama-nama besar di dalam drama bersiri ini.

Lebih elok juga kalau lebih banyak stesen tv tempatan menyiarkan atau menghasilkan drama berbentuk keinsafan, daripada buat drama ‘orang korporat’ je….