The memory remains

image
Ingatan saya tidak lah sehebat zaman muda-muda dulu, walaupun tak le ke tua  sangat pun. Menjengah umur ke peringkat 30-an ni, macam macam benda pun kita boleh lupa. Dek kerana pekerjaan yang membosankan serta dengan masalah-masalah yang lain, maka ingatan-ingatan pada masa
lepas amat sukar dikembalikan.


Tetapi kata orang, ‘The memory still remains in your mind’. Benarkah begitu? Mengikut kajian, sebahagian daripada otak kita boleh menyimpan memori ingatannya sehingga ke mati. Dengan syarat jika adanya medium yang boleh ‘memflashbackkan’ ( ingat ke belakang). Contohnya sudah 20 tahun anda tidak berjumpa dengan bekas kekasih, tetapi anda bertemunya semula di sebuah taman dimana anda pernah membisikkan kata-kata cinta pada kekasih lama anda. Sudah tentu perkara-perkara yang lepas, anda akan ingat semula.


Buat masa ini, tidak banyak benda yang saya boleh ingat kecuali apabila bertemu kawan-kawan lama atau pun jika rajin, menatap photo lama. Paling bagus, buatlah soalan matematik ketika belajar di UTM dulu.
Cerita pasal The Memory Remains ni… teringat pulak pada satu lagu ni..
Lagu ape?

Lagu daripada Metalica, tajuknya sama macam post saya kali ni…


Lagu ni betul-betul boleh mengingati Metalica itu sendiri. Adush..!!!