Masyarakat Biarkan Kejadian Rogol Berlaku Depan Mata !

 

image

 

 

Minggu lepas seorang remaja perempuan 15 tahun, diekori oleh seorang pemuda 23 tahun dengan kereta Alphard. Perempuan remaja tersebut kemudiannya ditangkap oleh pemuda itu dipaksa masuk dalam keretannya yang diberhentikan di tepi jalan.


Kemudian pemuda tersebut melondeh remaja malang tersebut dan terus merogolnya didalam kereta itu juga. Ketika kejadian berlaku ia ditonton oleh orang ramai yang kemudiannya melaporkan kejadian pada polis.


Polis sampai ditempat kejadian dalam masa beberapa minit kemudian dan terus memberkas pemuda itu. Ketika diberkas seluar pemuda itu masih lagi terlondeh.


Bukan cerita seks yang aku nak paparkan kat sini, tetapi cerita sedih masyarakat kita yang lansung tak prihatin membiarkan remaja perempuan itu dirogol sedangkan dengan hanya seketul bata tepi jalan mereka mampu melontarkan pada kereta mewah itu untuk memecahkan cermin serta melunturkan niat pemuda gila itu untuk merogol.


Kalau dengan melontarkan ketul batapun masih belum luntur niatnya untuk merogol, campakkan seketul lagi pada anunya biar cedera parah, sudah pasti remaja itu terselamat dari dirogol.
Apa nak jadi pada masyarakat kita?, apa nak jadi pada masyarakat Taman Kosas Ampang?

 

Kredit : Amat BJ