Masalah Obesiti Pelajar Sekolah : Nak salahkan guru sekolah aje kerr..?

image
Cerita pasal masalah obesiti pelajar ni macam tak sudah-sudah. Masing-masing mula menyalahkan di antara satu sama lain. Ada yang kata pihak kementerian tak pantau, ada yang cakap-cakap belakang mengatakan masalah ini berpunca dari pihak sekolah, guru dan ibu bapa sendiri.

Paling tak sedap di dengar, ibu bapa menyalahkan kantin sekolah dan pihak pengurusan sekolah semata-mata kerana menjual nasi lemak di sekolah!


Dipendekkan cerita, semuanya adalah kesalahan di pihak kementerian, guru sekolah dan pentadbir sekolah.

Kadang-kadang bila difikirkan balik, siapa yang nak anak diaorang gemukkan? Tetapi apakah ibu bapa sekarang boleh berfikir secara logik? Kenapa anak mereka gemuk-gemuk belaka..!!

Kalau di sekolah, waktu peruntukan di sekolah sahaja dah 5 jam. Waktu rehat pun baisanya ada 2 kali sahaja. Sama ada makan tengahari atau pun sarapan pagi. Kuantiti makanan di sekolah pun bukannya banyak mana pun. Sepinggan nasi dengan lauk pun tak mungkin sampai RM5.

Ada ibu bapa bagi duit belanja kat anak dekat RM5 ke RM10 sehari.
Jika mereka tidak membeli makanan di sekolah pun, selepas itu mereka boleh pergi ke KFC atau pun paling busuk kat Mc Donald. RM5 tu pun dah cukup beli kentang goreng ke.. paling kurang Mc Chicken (small) sebijik.

Oleh itu, ibu bapa yang bijak pandai ni.. nak menalahkan sekolah juga ke arr….???