Kes Kluang Rail Coffee memang memalukan rakyat Kluang

 

image

 

“Tidak ku sangka, rupa-rupanya selama ini kopi yang aku minum kat kopitiam tu ada babi!! Cess!!” kata salah seorang kawan saya yang tinggal di Kluang , Johor. Dia adalah salah seorang penggemar kopi yang selalunya berkunjung di Kluang Rail Coffee yang teletak di stesen keretapi Kluang.

 

Terus terang saya katakan, saya pun pernah minum kopi Kluang di stesen keretapi tu, memang kopinya rasa macm berlemak-lemak sikit. Tidak tahu pula sama ada kerabat di Raja Johor pernah minum di situ atau tidak.

 

Tetapi kalau dah siap didakwa mempunyai DNA babi dalam kopi, ini sudah lebih!!!

Walau bagaimanapun, kita tunggu apa kata pihak berwajib seperti Jabatan Agama Islam Johor dalam menangani kes ke’halal’lan kes Kopi Kluang ni, sebab ramai rakyat Johor nak tau nih..!!!

 

Petikan berita daripada Sinar Harian:

SENAI - Tiga Pengarah Kluang Rail Coffee kelmarin yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjual kopi mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi tanpa meletakkan kewujudan DNA tampil memberi kenyataan di sini, semalam.


Salah seorang pengarah syarikat itu, Lim Jit Chen berkata, sebelum ini tuduhan tersebut telah disebarkan di perangkaian sosial dan laman web walaupun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak dan menyatakan tuduhan tersebut telah menjejaskan perniagaannya selain memberi reputasi buruk kepada jenama kopi mereka.


“Kami kekal dengan pendirian kami dengan menyatakan kami tidak bersalah. Kami juga tidak mempunyai pengetahuan tentang sebarang bahan-bahan mahupun ramuan yang mengandungi DNA babi.
“Mengikut penyelidikan Jabatan Agama Islam Johor, kami dimaklumkan bahawa punca pencemaran serbuk kopi kami adalah daripada mentega yang digunakan untuk memanggang biji benih kopi kami,” katanya dalam satu kenyataan media.


Menurutnya, Kluang Rail Coffee sentiasa memastikan bahawa barang-barang yang digunakan adalah selamat bagi semua kaum dan bangsa dan mereka juga sentiasa mematuhi semua peraturan dan undang-undang makanan, kesihatan dan keselamatan.
Katanya, mereka amat terkejut dengan pendedahan ini kerana mentega yang digunakan itu adalah daripada sumber yang disahkan halal justeru mereka bertindak dengan serta-merta menukar pembekal mentega tersebut.


Ketiga-tiga mereka juga menyatakan pernah menjalankan ujian bebas ke atas serbuk kopi dan bahan-bahan lain yang digunakan dan hasil laporan tersebut mendapati bahawa serbuk kopi dan bahan-bahan lain adalah bebas daripada kandungan DNA babi.


“Kami sedih dengan apa yang telah terjadi lebih-lebih lagi kejadian ini telah menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pelanggan kami terutamanya yang beragama Islam.
“Kami mahu mengembalikan keyakinan dan kepercayaan pelanggan Islam dan akan terus memberi kerjasama kepada pihak-pihak berkuasa untuk memastikan bahawa perkara seperti ini tidak akan berulang,” katanya.


Menurut mereka, pihaknya juga telah merujuk dan meminta pertolongan serta nasihat Jabatan Agama Islam untuk memastikan barang-barang sesuai digunakan pelanggan beragama Islam.
“Kami sangat yakin perkara ini dan akan membawanya ke muka pengadilan. Kami sentiasa positif terhadap saman ini dan akan mendedahkan perkara sebenar serta membebaskan diri daripada tuduhan ini,” katanya.