Kenapa sekolah menengah tidak ada mata pelajaran muzik?

image
Kenapa sekolah menengah sampai sekarang tidak lagi diajarkan dengan mata pelajaran muzik? Hmm siapa nak jawab soalan ni? Dalam sistem pendidikan sekarang, matapelajaran muzik hanya diajar di sekolah rendah sahaja, tidak di sekolah menengah. Agak-agak kenapa muzik tidak diteruskan di sekolah menengah?


1.) Di sekolah rendah, kita diajar dengan lagu-lagu muzik rakyat macam lagu Kinabalu, Anak Itik Tok Wi, Jambatan Sudah Roboh dan macam macam lagi lagu… Kalau di sekolah menengah lagu apa pulak nak belajar?
image image
2.) Di sekolah rendah, alat muzik paling murah ialah kerincing, kayu tik tok, castenet (betul ke?)dengan gendang asas. Selepas itu kita diperkenalkan dengan rekorder (seruling tiub melalui mulut). Mulai darjah 4, rekorder mula digunakan dan dimain bersama-sama dengan alat-alat muzik yang saya nyatakan tadi.
Di sekolah menengah, muzik bukan matapelajaran tetapi diletakkan pada bahagian aktiviti ko-kurikulum sekolah. Tetapi harus diingat, bukan semua sekolah menengah ada peralatan muzik atau pun persatuan muzik.

3.) Alat-alat muzik masa sekolah rendah adalah murah dan kerajaan ada peruntukan untuk membeli peralatan muzik, kecuali rekorder kita kena beli sendiri. (pada masa saya sekolah memang kena sendiri beli le).
Kalau di sekolah menengah, disebabkan muzik hanyalah ko-kurikulum, muzik tidak penting dan tidak dijadikan matapelajaran. Bagi mereka yang mahu belajar bermain alat muzik, kau belajar le sendiri kat sekolah persendirian.

4.) Di sekolah menengah, kalau pun ada persatuan muzik, pihak sekolah tersebut mengharapkan dana daripada pihak luar, bukannya kerajaan. Percaya atau tidak, sekolah yang mempunyai pancaragamnya sendiri memperolehi alat muzik hasil sumbangan orang ramai.

Kalau di sekolah menengah tiada matapelajaran muzik, kau belajar le kat luar.. Tak de salah pun..!!