Jika anda jadi Menteri Pelajaran….

image
Tak payah diperkenalkan lagi gambar siapa kat atas tu.. Tan Sri Muhyiddin Yassin. Anda sendiri tahu portfolio Kementerian mana yang dipegang oleh beliau. Siapa yang tak tau, dia ialah Menteri Pelajaran Malaysia selain Timbalan Perdana Menteri.

Apakah menjadi Kementerian Pelajaran ni senang? Siapa kata senang? Payah woooo..
Bukan sahaja nak memikirkan bagaimana nak ‘memandai’kan budak-budak sekolah, tetapi juga kena memperincikan apakah matapelajaran yang perlu diajarkan di sekolah-sekolah, menangani masalah disiplin pelajar, dan macam-macam lagi.

Kalau saya yang menjadi menteri pelajaran sekarang, ini lah yang akan saya lakukan:-


i.) Menilai semula tahap pencapaian kelulusan peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) di sekolah-sekolah yang biasanya mendapat ranking terburuk. (Kelulusan bawah 50%). Confirm sekolah ni ada masalah.

ii.) Memperhalusi semula undang-undang yamg membolehkan guru hanya boleh merotan. Tetapi guru juga dibenarkan menampar muka (secara perlahan) kepada pelajar yang sememangnya degil. Dah le degil… dah nak mampos pulak tu.. (bak kata sesetengah guru disiplin)

iii.) Meletakkan guru disiplin yang benar-benar mampu mendisiplinkan pelajar. Letakkan guru disiplin yang tak garang nak buat ape…

iv) Subjek Matematik yang membosankan sesetengah pelajar harus diperhalusi bagaimana untuk menarik minat pelajar meminati matematik. Masalah bahasa adalah ‘nonsense’ daripada ibu bapa dan pelajar. Yang penting ialah minat.

v.) Memperhalusi bagaimana pelajar yang di kelas hujung sekali atau 2nd  or 3rd hujung untuk cemerlang dalam pelajaran atau sukan. Mungkin budak kelas hujung ni paling bangang dalam bab belajar, tetapi mungkin juga ada kemahiran lain.

Itu kalau saya yang dipilih jadi menteri pelajaran. Cuba kalau anda yang jadi menteri pelajaran, apa yang anda akan lakukan?