Ingat senang jadi polis?

image
Saya ada berbual panjang dengan kawan lama saya, seorang anggota polis berpangkat Inspektor. Perbualan lebih menjurus kepada kerjaya dia sekarang. Walaupun dia ni polis, tetapi dia juga merupakan ahli bina badan. (suka pergi gim)

Kawan saya ada melahirkan rasa kecewa dengan perspektif masyarakat Malaysia sekarang, terutamanya sejak berlaku kematian penjenayah di sel-sel polis yang melibatkan kaum tertentu.

Mentalitinya masyarakat Malaysia sudah tidak lagi ‘respect’ sama polis. Walhal kalau ada apa-apa berlaku di kawasan kejiranan, siapa yang dipanggil? Tak kan ADUN yang tak buat kerja dipanggil untuk menangani kes pecah rumah? Bodoh ke apa orang kita sekarang?

Jangan kata orang dewasa sahaja yang tak hormat polis, budak-budak remaja pun dah pandai mengejek polis. Depan polis saje je menjelir lidah sambil tak pakai helmet bila bawak motor.

Kawan saya juga ada memberitahu, kerjaya polis sekarang lebih susah berbanding dulu. Ingat senang ke jadi polis?
i.) Polis sekarang dah ada KPI (Key Performance Indicator). Setiap anggota akan di KPI kan setiap bulan. Kalau performance polis tadi tak bagus, kena soal jawab dengan ketua di bahagian atas.

ii.) Polis juga terpaksa membuat kerja rondaan. Dan rondaan mereka dipantau oleh ketua masing-masing. Nak minum kopi kat kedai pun sekarang kena report ketua dulu.

iii.) Kadang-kadang balik pun tak tentu. Bukannya ada OT macam kerja swasta. Hanya ada elaun sahaja. Kadang-kadang balik pun dekat pukul 1 pagi sebab kekurangan anggota.

iv.) Time raya pun kena kerja. Jangan mimpi le kalau yang bujang-bujang tu dapat balik kampung masa raya.

v.) Nyawa polis sentiasa dalam bahaya. Pergerakan mereka kadang-kadang diperhatikan oleh penjenayah yang mahu membalas dendam, walaupun polis tadi hanya mahu membeli air kat warung.

Yang dikesalkan oleh kawan saya tadi, mentaliti orang kita memandang hina polis. Terutamanya parti-parti pembangkang di Malaysia dan tidak lupa sesetengah orang kerajaan sendiri. Cakap aje senang.. Itulah masyarak Malaysia. Walaupun ada anggota polis yang membuat onar, tetapi hanya kerana seorang, rosak susu sebelanga.

Pada mereka yang hanya tahu mengutuk, dengarlah sekali sekala rintihan abang polis kita.

Kalau setakat tubuhkan band All COPS Are Bastard (A.C.A.B) nak merosakkan sistem masyarakat kita, lebih baik humbankan A.C.A.B ni ke laut je….