Impak dari kematian Osama Ben Laden

image
Berita kematian orang yang paling dikehendaki oleh US (Amerika Syarikat) iaitu Osama Ben Laden amat mengejutkan bagi seluruh pelosok alam di muka bumi ini. Beliau terbunuh dalam satu serangan yang diketuai oleh US Navy SEAL, bertempat di Abbottabad, Pakistan.

Apa yang hendak saya bincangkan di sini bukanlah berkaitan dengan kematian atau cerita serangan SEAL yang menyebabkan Osama terbunuh (banyak spekulasi dan ramai orang pun tak percaya yang Osama dah mati), tetapi apa impak terhadap dunia selepas
kematiannya.


i.) Amerika Syarikat percaya dengan kematian Osama, dapat meredakan suasana tegang ketika memerangi pengganas. Dengan ketiadaan Osama, maka rancangan Amerika Syarikat memerangi pengganas boleh dikatakan hampir tamat. Tetapi sedarkah Amerika bahawa dengan kematian Osama, maka akan wujud lagi 10 orang yang berperwatakan seperti Osama.

ii.) Dari segi ekonomi, dengan kematian Osama maka harga saham di pasaran-pasaran saham dunia akan melonjak naik (seperti yang diharapkan oleh sesetengah spekulator saham dunia), kerana tiada lagi keganasan terhadap ekonomi serantau dan boleh menjimatkan wang Amerika ketika memerangi Osama.

iii.) Seperti yang saya katakan, dengan kematian Osama ini maka akan mewujudkan 10 orang lagi Osama Ben Laden di dunia ini. Taliban siang-siang lagi dah cakap nak balas dendam. Seperti yang diketahui, Taliban masih kuat bertapak di Afghanistan dan sebahagian Pakistan. Taliban juga masih berupaya dari segi persenjataannya. Maka perang masih tak tamat-tamat.

iv.) Osama Ben Laden masih menjadi ‘idola’ dan tumpuan, terutamanya kepada pengikut islam ekstrem, justeru dengan kematian Osama, akan menambah derita kepada peminatnya dan jangan hairanlah selepas ini akan berlaku pengeboman yang dilakukan oleh pengebom berani mati.

Sebagai penghinaan, mayat Osama dikebumikan di laut, sebagaimana di arahkan oleh Mr Presiden Amerika, Barrack Obama. Tak ada talkin atau kain kapan untuk Osama, tetapi menjadi habuan ikan di laut pula. Amat hina dan kejam juga si Barrack Obama ni. Confirm akan berlaku sesuatu di US nanti….

Tapi masalahnya gambar wajah Osama yang dikatakan dah mati tu.. rupa-rupanya gambar palsu!!!!!
image