Harapkan Earning Buffing je…

Apa yang saya dapat perhatikan, ramai yang mempunyai blog bertujuan untuk mendapatkan duit segera melalui earning buffing atau senang cerita, melalui iklan nuffnang, iklan mangaads, adverlet dan yang seangkatan dengannya.

Adakah anda salah seorang daripada kategori ini? (Buat blog nak dapat duit segera)

 

Sedarlah wahai kawan-kawanku, jika anda rasa menulis blog hanya kerana anda mahukan wang, jawapannya adalah SALAH. Ramai bloggers yang ‘kalah’ atau pun ‘tewas’ dalam usaha mendapatkan wang melalui Nuffnang. Walaupun blog kita seglamour mana pun, earning buffing ni pun tidak akan menjamin yang anda akan sentiasa kaya dengan wang melalui kaedah ini.

 

Seperti yang kita tahu, ada masanya iklan melalui Nuffnang atau pun Adverlet bergantung kepada iklan yang disiarkan dan syarikat yang mahu mengiklan melalui Nuffnang atau Adverlet. Kalau ada, dapat le earning, itu pun kalau semua visitor ‘bermurah hati’ nak clik kat iklan Nuffnang tadi.

 

Tetapi perkara yang tidak sihat dilihat, bila ada bloggerz mengharapkan pembaca blog masing-masing mengklik pada iklan tadi. Sampai siap pesan kat visitor, SILA LAH KLIK!!!

 

Nuffnang, seperti syarikay yang lain ada terma dan syaratnya tersendiri, jika didapati blog tersebut menggalakkan orang klik ke iklan tadi, silap silap haribulan akaun kita kena gantung (suspended).

 

Nasihat dari saya, cuba le cari pendapatan yang boleh digunakan dalam blog masing-masing, misalnya anda jual barang sendiri ke…, iklankan produk atau pun sewakan beberapa ruangan di blog untuk pengiklanan. Rasanya lagi mudah, sewakan ruangan kosong di blog tadi untuk pengiklanan.

 

Fikirlah sendiri apa kemahuan anda pada blog masing-masing. Blogging ialah untuk keseronokan dan pengetahuan, bukan untuk duit semata-mata