Cerita Gossip lagi bagus dari cerita Isu Semasa?

Ada beberapa kengkawan saya dari dunia bloggerz dan dunia nyata ada mencadangkan kepada saya, lebih baik saya bertukar gaya dan bahasa penyampaian blog saya dari Isu semasa (ya.. kebanyakan yang saya tulis lebih kepada isu semasa) kepada dunia gossip artis… Werkk Gossip?

 

Kata mereka, cerita berunsurkan gossip lebih banyak pembaca jika dibandingkan dengan cerita isu semasa. Kata mereka lagi, cerita gossip tidak memerlukan idea yang banyak. Hanya pergi ke blog gossip yang lain untuk mendapatkan idea.. Ye ke?

 

Agaknya, cerita menggosip orang lebih bagus dari cerita politik atau pun cerita isu semasa yang berbangkit. Kenapa orang kita suka bergossip? Adakah kerana orang yang digossipkan itu sememangnya tidak bagus dari segi perlakuannya.. Hai entah le..

 

Tapi kalau diikutkan, bagus juga kalau buat cerita-cerita tentang aktiviti dunia hiburan… Cuma saya tidak suka bergossip.

Kalau pendapat anda semua, haruskah blog Rizman ni bertukar kepada blog hiburan arr…