Bila ‘orang tidak penting’ bersuara…

image

“Kerajaan sekarang dilihat bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam, terutamanya hak-hak sivil” begitulah salah seorang bekas orang kuat kerajaan, iaitu Datuk Nakhaei Ahmad. Dalam meraih sokongan rakyat, memang benar kaum bukan Islam juga perlu diambil perhatian, tetapi bukan dengan berlebih-lebihan dalam pemeberian hak-hak sivil atau pun beberapa isu yang mungkin akan menggugat kepercayaan terhadap orang Melayu sendiri.

 

Petikan berita :

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

 

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil.

 

“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

 

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam. Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara. Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini.