Berkenalan dengan Kumpulan Gula-Gula

image
Tak paham le sekarang…. K-POP, K-POP dan K-POP, apa istimewanya K-POP sampai kat Malaysia ni pun dah mula berdemam dengan K-POP.
Kalau tak K-POP, kini dah jadi M-POP (Malaysian-POP) pun ye…. dulu kat Malaysia demam WonderGirl sampai lagunya tiap-tiap hari memasuki carta…

Tapi kat Malaysia ni pun, wujud pulak Group remaja yang nak menumpang glamour WonderGirl. Seksi meksi wooo.. Tapi mata ni yang seksaa menengok peha gebu tu..
Tengok aje lee gambar kat atas tu....

 image image

image image
K-POP telah menyerang Malaysia….!!! Agaknya berapa banyak kumpulan wanita K-POP akan muncul selepas ini dengan beridentiti seksi, pakai seluar pendek dan berpeha gebu.. ( Kenuali peha yang digigit nyamuk confirm pakai stoking tinggi


image image image

image image
Gambar diambil dari Beautifulnara.com (Thanks a lot)
Dari kiri sampai ke bawah kanan : Erwina, Joy, MeiMei, ChaCha, Achie, Rara tiada dalam gambar.

Petikan dari ManggaOnline tentang biodata Gula-Gula:-

Siapa Gula Gula?
Siapa anggota Gula Gula yang tampil dengan imej seksi ini? Mari berkenalan dengan mereka. Mereka tak anggap penampilan sebagai seksi sebaliknya mengikut arus fesyen masa kini.

Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, dari Selangor seorang lepasan diploma dalam jurusan Komunikasi dan Media. Anak ketiga daripada lima beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik sehingga mendorongnya untuk menceburi bidang nyanyian dan menjadikannya sebagai kerjaya sepenuh masa.

Apa yang diperjuangkan Gula Gula?

Erwina, 23, dari Kota Belud, Sabah dibesarkan di Johor Bahru, Johor. Erwina seorang pengemar muzik sejak kecil lagi. Sejak  zaman persekolahan  Erwina aktif di dalam pertandingan koir yang dianjurkan oleh sekolahnya. Erwina sekarang pelajar peringkat Diploma dalam jurusan muzik di UiTM.
Rozalia Siteo (Achie), 21, dilahirkan di Keningau, Sabah mula menjejakkan kaki dalam dunia nyanyian sejak berada di bangku sekolah.  Selain genre K-pop, graduan jurusan teknologi makmal perubadan itu juga gemar mendengar muzik R&B, jazz, akustik dan balada.

Joyce Antonius  (Joy), 21,  berasal dari Keningau, Sabah ini boleh bermain gitar, piano dan mencipta lagu. Dia juga pelajar bidang muzik di UiTM.

Nooraishah Ibrahim (Chacha), 22,  dari Kuala Lumpur juga sangat meminati muzik dan tarian. Dia mempunyai kelulusan peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei),  21, dari Sabah pula berdarah campuran Cina, Thailand dan Kadasan Dusun. Dia masih belajar dalam jurusan rekaan dalaman dan amat meminati bidang nyanyian. Mei Mei juga berpengalaman menyanyi beberapa lagu iklan.
"Memandangkan genre K-Pop menjadi kegilaan remaja Malaysia masa kini, saya terpanggil untuk menyahut kekosongan ini di persada muzik tempatan," kata Hadi yang juga adik kepada Salamiah Hassan.
image

image
Yang lelaki amacam, tak tergoda ke dengan K-POP Gula-gula ni… (M-POP le…)
Nanti aku review pulak album atau single Gula-Gula pula…