Arjuna wira penyelamat perkahwinan kami!

 

image

Tahniah kepada pemain bolasepak negara, Aidil Zafuan bersama pasangannya Rita Rudaini kerana menyambut kelahiran anak kedua mereka baru-baru ini. Anak yang dinamakan Arjuna ini dikatakan penyelamat kepada perkahwinan dan hubungan mereka yang renggang sebelum ni..

Mudah mudaha mereka pun dah berbaik semula dan tiada lagi spekulasi tentang rumah tangga mereka berdua.

 

(Sumber : Berita Harian)

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
bhnews@bharian.com.my
Anak kedua dianggap redakan konflik rumah tangga Rita, Aidil
KUALA LUMPUR: “Arjuna menjadi kekuatan saya ketika berdepan konflik rumah tangga. Malah dia tidak pernah meragam atau mendatangkan sebarang masalah ketika dalam kandungan walaupun tahu ibunya bersedih dan tertekan ketika itu. Saya dan suami amat bersyukur dengan kehadirannya.”

Kegembiraan itu disuarakan pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang menyifatkan cahaya mata keduanya, Airit Rafqa Arjuna, yang dilahirkannya kelmarin, umpama wira yang menyelamat rumah tangganya ketika rumah tangganya dilanda badai, ketika sarat hamil dulu.

Bayi seberat 2.75 kilogram hasil perkongsian hidupnya bersama suami dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, selamat dilahirkan pada jam 1.26 petang, di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. Anak pertama pasangan ini, Airit Rayyan Rizqin kini berusia hampir dua tahun.
Pasangan itu berdepan masalah rumah tangga yang turut menyaksikan kes itu dibawa ke Mahkamah Syariah, Seremban, akhir tahun ini.
Ketika dihubungi semalam, Rita berkata, nama Airit Rafqa Arjuna atau Arjuna yang bermaksud gagah atau perkasa dipilih ketika dia hamil tujuh bulan.
Lebih istimewa lagi, kata Rita, Arjuna turut menyatukan dirinya dengan keluarga mentua.
“Mereka berada di sisi ketika saya melahirkan Arjuna,” katanya.