Anda berani buat BlogShop?

Kedai Blog (Blogshop) mungkin agak baru di Malaysia. Jika anda memasuki blogshop, blog mereka agak ringkas dan padat. Kepada mereka yang suka membeli belah, selain pergi ke kedai-kedai atau pun pasaraya, satu cara lain untuk membeli belah ialah dengan pergi ke blogshop yang berdekatan dengan rumah anda.

 

Ada blogshop yang menawarkan jualan terus ke rumah, (direct delivery) dan ada juga yang menuntut anda membuat temujanji dengan pemilik blogshop untuk membeli barangan yang hendak di beli.

 

image

blogshop : http:// tudungassyaima.blogspot.com

 

 

 

image

Blogshop : http://syafeenablogshop.blogspot.com/

 

Kebanyakan blogshop yang ada di Malaysia lebih gemar menggunakan blogspot daripada menggunakan wordpress. Ye le kan, benda pun free dan senang, lagi bagus gunakan blogshop

 

Antara barangan yang boleh dijual melalui blogshop rekaan anda termasuklah tudung, aksesori macam keronsang, cincin, minyak wangi dan selendang. Pembelian barangan seperti ini boleh melalui pos.

 

Ada juga yang buat blogshop menjual kek lapis atau pun nasi lemak. Blogshop seperti ini lazimnya si pembeli akan memilih bentuk atau pun saiz kek tadi, dan kemudiannya perlu berjumpa dengan pemilik blogshop tadi untuk tempahan.

 

Oleh itu, ada berani bukak blogshop sendiri?