Album terbaik Wings bagi aku…!!

image image
Kumpulan Wings baru-baru ini telah membuat persembahan bersama Orkestra di Istana Budaya. Memang respect le kat dia orang ni sebab kalau nak bekerjasama dengan IB memang agak payah sebelum ni, lagi le kumpulan rock. Walau bagaimana pun, tahniah le untuk Wings.


Gambar di atas itu ialah cover album Teori Domino, album yang diterbitkan oleh M.Nasir dan Wings pada tahun 1990. Bagi saya, album ketiga Wings ini adalah yang terbaik dai kebanyakan album Wings yang dilahirkan sehingga kini.
image
Kenapa saya kata album ni yang terbaik?

i.) Kerana album ini ketika itu menghimpunkan pencipta dan penulis lirik yang memang berjiwa rockers ketika zamannya seperti M.Nasir, J.S Kevin, Nasir Jani dan Wings sendiri. M.Nasir paling banyak menyumbangkan lagu.

ii.) Instrumental yang digunakan untuk bunyi gitar seperti gajet wah wah adalah yang pertama kali diguna oleh Wings untuk album ni. (Lagu : Alam Barzakh). Jika dibandingkan dengan album Wings yang lain, album ni banyak menggunakan distortion pada gitar.

iii.) Album pertama Wings yang merakam 3 lagu terus (TRILOGI) iaitu lagu POTRET MONALISA, INSAF dan MIDNIGHT BLUES. 3 lagu ni bersambung-sambung di antaranya.

iv) Tempo beberapa lagu seperti Alam Barzakh dan Bujang Senang, riff gitarnya agak laju tetapi dengan solo yang agak panjang.

Itu adalah pendapat saya tentang album terbaik Wings sepanjang zaman.
Pendapat kau orang, macam mana? Bag saya, Teori Domino adalah yang terbaik.