Tren memaki hamun di dalam blog

Dalam kebelakangan ini, saya agak rajin juga berblogwalking ke blog-blog personal. Selain mengeratkan lagi sillaturrahim, boleh juga mendapatkan idea untuk post-post yang akan dating tanpa mengambil bulat-bulat isi blog orang lain. Yang penting, jangan lupa bagi kredit kepada blogger yang lain.

Dalam banyak-banyak berblog walking ini, ada sesetengah bloggerz menulis blog dengan penuh emosi, sampai menulis perkataan yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh le.. perkataan yang paling banyak yang saya jumpa ialah fu#k, bullshit, jackass, babi (paling banyak setakat ni….) pu##mak dan tidak lupa juga non#k. Macam-macam perkataan yang keluar dari bloggerz yang emosi tu…


Bagi saya, sebenarnya emosi tu tidak salah, tetapi berpada-pada le… Agak-agak le kalau nak menulis. Kalau le follower anda tu terdiri daripada mereka yang dari golongan suka memaki, that is your way..! Tetapi sedarlah di dunia bloggerz yang berglobalisasi ni…, bukan setakat orang muda, kemungkinan juga follower anda ialah makcik-makcik ke… tok-tok haji ke… atuk ke… kalau le mereka baca blog seperti ini, apa kata mereka?

Oleh itu berpada-pada le memaki dalam blog…!!!!! Apa yang anda dapat? Dosa jugak…!!! Cukup-cukuplah yang memaki hamun dalam senario politik negara kita, takkan dalam blog pun sama kot?