Tak mau tonton 'Juvana’

image

Drama Juvana sudah pun memulakan tayangannya di TV3 sejak jam 9:00 malam tadi. Bercerita tentang sinopsisnya, saya rasa saya malas nak bercerita panjang lebar. Banyak blog-blog yang lain sudah pun menulis tentang sinopsis, dan juga ‘cast’ yang terlibat dalam pembikinan drama Juvana ini.

 

Saya ada menonton serba sedikit drama ini, iaitu ketika bab bergaduh di sungai dan juga ketika di dalam dorm. Rasanya cerita ini akan menimbulkan nostalgia kepada sesiapa sahaja yang pernah menduduki asrama, terutamanya asrama lelaki. Walaupun Juvana ini menceritakan pelajar di asrama pesalah Juvana, tetapi cerita ini mengingatkan saya pada asrama lama saya di Johor Bahru

 

Biasanya dah nama pun junior baru, masa di tingkatan satu, confirm jadi balaci kepada pelajar tingkatan 2. Bila tengok cerita ni, naik menyampah pulak.

 

Pergaduhan di dalam dorm pada masa saya berada di asrama merupakan perkara yang biasa. Kecurian duit, walkman atau apa juga barang berharga juga kerap berlaku. Bila duit pelajar tingkatan 2 yang hilang, kami yang di tingkatan satu di tuduh. Ada yang dibelasah untuk disuruh mengaku mencuri. Memang WTF pada masa tu.. rasanya memang nak lari aje dari asrama. Apa yang saya boleh katakan pada masa itu, saya anggap semua pelajar senior saya macam siaaaaaaaallllll….. Sial @ haram jadah!

 

Dan oleh sebab saya malas nak cerita panjang-panjang, saya ambik keputusan, saya tak berminat nak tengok cerita Juvana ni. Makan daging kambing panggang lagi bagus.

 

Kepada mereka yang ingin mengingati asrama atau kenangan anda di asrama dulu-dulu, rasanya anda boleh le menonton cerita ni.. Bagi saya, this is stupid story to remember…

 

Arious…!!!!