Mahu ubah content blog…

image
Saje je letak gambar macam kat atas  tu.. Tak tau le nak letak gambar ape lagi….
Agak lama juga saya tidak mengemaskinikan blog ni..  Saya tak nak pulak kalau-kalau follower menggelarkan Blog Rizman M.A adalah sarang labah-labah di sesawang dunia. Apa-apa pun langsung tak update.
Sebenarnya disebabkan kesibukan pada kerja yang saya lakukan sekarang, saya hampir tidak ada masa pulak nak mengemaskinikan blog ni. Pada masa sibuk waktu itu, apa sahaja idea untuk menulis blog hampir tiada di kepala hotak ku… Sebab tekanan kerja yang kian meningkat.  Rasanya macam mau lari je dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang.. Tetapi keadaan memaksa saya untuk terus kekal di tempat kerja sekarang. Biasalah dengan ekonomi sebuah negara tu yang tiba-tiba aje menjunam… maka kita pun terjunam sama.

Tetapi saya bukannya nak menulis pasal kerja saya sekarang. Tetapi lebih kepada isi kandungan blog yang saya tulis. Semua follower tahu yang saya ni penulis bebas. Apa apa pun saya boleh tulis mengikut gerak hati dan perasaan. Maka blog saya tidak ada niche tertentu. Semuanya ditulis dalam bentuk ‘random’.
Beberapa orang telah menasihatkan saya, oleh kerana saya mendaftarkan blog ini atas nama saya (mohdrizmanma), sepatutnya blog ini lebih terarah kepada blog peribadi. Saya tidak boleh le menulis pasal politik ke.. pasal hiburan ke… pasal bola ke…  Apasal pulak tak boleh?
Kata mereka, disebabkan saya tidak mempunyai niche, dan disebabkan follower yang masih tidak ramai.. adalah lebih elok saya menulis yang berkaitan dengan diri sendiri..





errr diri sendiri punya cerita kaaa…
Memang saya akui saya agak kurang menulis yang berkaitan dengan diri sendiri sebab tidak ada apa yang menarik untuk dikongsi.. kecuali kalau betul-betul menarik le.. Macam kalau saya cerita saya minum kat starbuck ke… kat domino pizza kee… tak kan ni pun aku nak cerita?

Saya juga ada terfikir nak menulis blog berkenaan dengan teknikal atau gajet, dengan membeli domain baru… Tetapi kalau dah blog yang ini pun tak sette, berangan nak buka blog baru.. Hampeh.

Jadi.. saya akan terus kekalkan blog saya dalam keadaan begini. Selepas ini blog saya akan lebuh berinformasikan berkaitan dengan berblogging, gajet blog atau pun yang berkaitan dengan teknikal blog. Di samping cerita-cerita tepi seperti hiburan dan sukan.

Kalaulah anda mempunyai idea tentang pembaharuan blog anda sendiri.. Apa kata anda cerita.. cuba cerita…