Di mana blog muzik?

Saya mahu bertanya soalan kepada penulis-penulis blog sekelian alam melayu ini. Banyak-banyak genre blog, kenapa blog genre berbentuk muzik sukar didapati di pasaran?

Blog muzik ini bukanlah menceritakan pasal gosip penyanyi ke atau gosip pencipta lagu, tetapi lebih banyak menceritakan pasal kisah di sebalik muzik itu sendiri. Contohnya berkenaan dengan instrumental muzik dan chord (atau pun tabs) misalnya gitar. Blog ini juga menceritakan tentang perkembangan muzik tanah air atau pun di luar negara. Blog ini juga boleh berbentuk genre muzik tertentu seperti blog jazz atau pun blog rock.

Tetapi kalau dilihat dari segi sambutan, nampaknya pemuzik, pencipta lagu atau pun penulis lirik seperti disisihkan. Saya masih tiada nampak blog yang benar-benar memberi penumpuan kepada pemuzik, berkenaan dengan key muzik, cara bermain drum dan apa jua yang berkaitan dengan muzik.

Dulu ada jga le blog yang bernama ‘Aku Muzik Hampa’, tetapi blognya bukannya cerita pasal 100% muzik. Ada juga blog personal yang menulis hanya sedikit tentang muzik. Yang lain pasal gossip semata-mata

Ke kena saya nak mulakan menulis blog berkaitan muzik nih…!!! Cuma saya perlukan sedikit masa, idea dan juga penulis jemputan dari kalangan anda semua (yang berminat main instrumen muzik sahaja atau yang betul-betul berminat dengan muzik). Tapi tak tau le bila projek ni boleh dilakukan.

Oleh itu, saya mencabar para bloggerz sekelian, siapa yang berani nak buat blog muzik nih..?