Blogku tidaklah sepopular mana…….

Suatu pagi, ketika sedang menikmati makanan kegemaran saya iaitu mee goreng di Kota Masai (nama restoran dirahsiakan), saya telah disapa oleh seorang yang mengaku dirinya seorang penggemar internet tegar. Namanya ialah Adam Jazlee (Bunyi macam Shaz Jazle je… macam mana nak menyebutnya….)

Dengan tidak dijemput, dengan selambanya dia duduk berhadapan dengan saya. Setelah memperkenalkan dirinya kepada saya, berlakulah ‘interview’ tidak rasmi di antara dia dan saya.



Rizman M.A : Saya kenal awak ke?

Adam Jazlee :  Awak memang le tak kenal saya, tapi saya kenal awak.

Rizman M.A : How do you know me?

Adam Jazlee : En Rizman ada blog kan…, saya selalu mengikuti blog awak tu…. Seronok saya baca.. terutamanya pasal cerita politik awak tu…

Rizman M.A : Cerita politik mana pula saya tulis? Saya tak de cerita politik pun dalam blog tu…?

Adam Jazlee : Alaa.. cerita pasal Ahli Parlimen macam monyet tu bukannya genre politik ke?

Rizman M.A : Yang tu bukanlah politikal sangat. Itu cara saya meluahkan perasaan tidak puas hati saya dengan ahli politik yang cukup bangang. Tau berbahas tapi kerja tak mau buat kerja….

Adam Jazlee : Whatever le… Kenapa awak dah jarang update blog macam selalu ek…?

Rizman M.A : Kerja sekarang kat manufacturing ni… susah sikit nak update blog macam dulu-dulu. Kekurangan masa le bang…

Adam Jazlee : Kekurangan masa tu tak bley jadi alasan encik Man. Ramai peminat awak tertunggu-tunggu post awak seterusnya.. termasuklah saya….

Saya mula terdiam dan terfikir sejenak.. Popular ke aku? Popular sangat ke blog Rizman M.A tu..
Saya mula membalas ‘statement’ Adam Jazlee.

Rizman M.A : Mana le ada peminat sangat blog saya tu en. Adam. Follower saya pun bukannya ramai sangat macam orang lain. Ada blog tu follower sampai 8 ribu ke 9 ribu. Saya baru ada 251 orang.

Adam Jazlee : No follower tu tak penting en.Rizman. Apa yang lebih bagus, cuba blog awak perindahkan ‘kontent’ tentang cerita artis ke…, gossip ke…politik ke…?

Rizman M.A : Lagi-lagi politik… Nanti le kalau saya dah bersedia…

Adam Jazlee : Saya rasa blog awak popular, cuma en Rizman tak boleh menilaikan blog hanya pada jumlah follower. Yang penting kontent tu….

Rizman M.A :  Blog saya tak popular….

Adam Jazlee : Sebab itulah awak kena cari jalan bagaimana awak boleh setanding macam Budiey ke..? Hong Kiat ke..? Noorazam ? Takkan awak tak boleh jadi macam dia?

Saya terdiam sejenak mendengar kata-kata dari si mulut Adam Jazlee ni.. Tak sangka di kawasan Pasir Gudang ni… ada juga yang suka membaca blog saya yang tak seberapa ni.. Terima kasih..
Tentang apa yang saya nak tulis selepas ini.. Mungkin saya akan keluarkan apa yang terbuku di hati saya.. ergghhh
Tapi blogku tak sepopular mana……