Blog menggunakan domain nama sendiri lebih banyak menulis tentang…..!!!

Jika rakan-rakan semua perasan, di dunia blog di Malaysia ini ada ramai yang telah mempunyai domain sendiri. Dalam bentuk apa-apa pun genre, ada yang meletakkan “domain name” mereka seperti Justkhai.Com, denaihati, ariffshah.com, dan macam-macam lagi.

 

Cuba anda perhatikan pada mereka yang menggunakan domain nama sendiri, macam rohaizad.com, afiqhakim.com, afiqzam (sekadar menyentuh beberapa blog) dan tidak lupa juga pada diri saya sendiri yang tidak glamour ni (mohdrizmanma) dan yang paling gah di dunia blogger sekaran macam Uncle Ben Ashaari. Anda cuba tengok masing-masing ada gaya penulisan dan pemilihan genre masing-masing.

 

Ada domain yang saya perhatikan blognya tidak le sepopular mana (mungkin kot), tetapi page ranknya tetap tinggi dan mereka tidak perlu sentiasa menulis setiap masa. Contoh terbaik ialah blog ariffshah. Anda rasa popular ke ariffshah tu..?

 

Dan yang saya perasan, mereka yang mempunyai domain sendiri (yang menggunakan domain nama pemilik blog tadi) lebih banyak menulis genre perniagaan internet. Mereka lebih sula menulis genre perniagaan daripada menulis soal-soal personal. Banyak contoh dah.. tak payah nak sebut blog mana yang kerap menulis tentang motivasi perniagaan internet ni…

 

Walaubagaimanapun, terpulang kepada hak individu masing-masing. Mereka sudah ada target pembacanya yang tersendiri. Macam saya, sebenarnya saya tiada sasaran target untuk pembaca mana yang sukakan penulisan atau pun membaca blog saya.

Selepas ini saya mungkin akan mencari sasaran target pembaca blog ini. Dengan sasaran terbaru ini, dapatlah saya bersaing dengan blog-blog popular yang lain. Terutamanya saya nak ‘fight’ dengan Ben Ashaari. Ha ha ha ha ha