Blog Durratul Ain Hamzah penuh warna warni…..!!!

image

Agak lama juga saya tidak mengkomenkan blog orang lain, selepas sekian lama juga saya tidak berjalan-jalan bertandang ke ‘blog’ tuan-tuan tanah yang lain.

Untuk kali ini, mari kita bertandang ke tuan tanah bernama Durratul Ain.

Oleh sebab di blogroll saya pada masa itu, dia lah di tempat pertama, maka rasa teruja pula nak mengkomenkan blog yang penuh bewarna warni.

Blog Durratul Ain Hamzah boleh diikuti di http://durratul-ain.blogspot.com/

 

image

Biasanya kalau kita menjengah ke blog-blog orang perempuan ni, memang confirm macam-macam warna ada. Tidak terkecuali blog Durratul Ain ni. Ada warna ungu, ada warna hijau, ada warna pink kebanggaan wanita, tidak lupa juga warna putih pada bahagian blog post beliau.

Cuma saya tidak tahu kenapa blog ni bila loading kat PC saya, lambatnya mak aiii…. Mungkin pasal banyak gambar kot.

Apa-apa pun, ulasan saya terhadap blog ni….

 

i.) Cogan kata : A Student. Hmm pelajar lagi rupanya. Ingatkan dah kerja…?

ii.) Blog ni macam-macam warna ada. Macam saya cakap tadi dekat atas tu…  Kalau blog seperti ini lebih baik dielakkan warna hitam. Jiwa kacau kalau blog ni berwarna hitam.

iii.)Blog ni tak le baru pun… Tahun 2009 dah pun wujud. Tapi mungkin pemiliknya jarang nak menulis. Post dia pun tak le banyak mana pun.

iv.) Blog ini lebih kepada blog personal. Ayat dia pun banyak menggunakan bahasa sendiri.

 

Itu sahaja komen saya untuk blog Durratul ini. Kepada saudari Durratul. Maaf banayak-banyak le ye. Disebabkan blog ini berada pada carta teratas blogroll saya ketika ini, blog ni le yang saya mahu komen untuk hari ni.

 

Mahu melawat Durratul, sila-sila lah pergi ke link beliau.

 

http://durratul-ain.blogspot.com/