Blog cari duit di internet. Antara ‘cerah dan mendung’

Cerita buat duit di internet di Malaysia agaknya semakin gah atau pun juga semakin malap. Semakin ramai penulis blog yang tidak henti-henti menulis perkara yang sama. Cuma pendekatan penulisan yang berbeza-beza.

 

Bagi yang telah berkecimpung dalam dunia bisnes, (terutamanya MLM), mereka pasti akan menggunakan “ayat power” atau pun ayat memikat supaya mereka akan dapat lebih  banyak ‘future’ downline. Yang menjual barangan di internet, lain pula pendekatannya. Ada yang buka blogshop atau pun direct promotion pada barangan yang di jual.

 

Lebih 60% penulis blog di Malaysia berharap dengan menulis blog, maka mereka boleh buat duit. Buka blog tak sampai setahun, berharap pendapatan melalui blog menghampiri gaji seorang engineer. Yang 20% lagi adalah mereka yang benar-benar berjaya mendapat pulangan hasil daripada menulis blog. Blog mereka mungkin sudah lama di pasaran dan mungkin yang paling hangat. Sambil menyelam minum air, ada yang mempromosikan produk-produk yang mereka cipta sendiri kepada pengikut – pengikut blog mereka. Yang lebih 20% pula ialah mereka tidak mengharapkan apa-apa daripada blog mereka. Apa yang penting ialah kepuasan menulis. Mereka mungkin hanya menulis soal-soal peribadi di dalam blog yang kadang-kadang orang pun malas nak baca, tetapi bagi mereka wang atau pendapatan tidak penting.

 

Di antara 60%, 20% dan 20% yang satu lagi ni, di mana agaknya posisi anda?

 

Ada juga penulis blog yang suka menulis cerita buat duit ni, sebenarnya mereka bukanlah benar benar mahir dalam selok belok perniagaan. Apa pun tak tau. Tetapi blog mereka tetap diminati ramai. Kerana niche ‘buat duit dari internet’ antara niche terbanyak yang orang cari. Cuma cerita buat duit ni, terpulang di tangan anda sama ada direction penulisannya betul-betul untuk membantu orang ramai atau nak melingkupkan bisnes.

 

Sudah banyak contoh yang saya lihat, blog-blog perniagaan yang ‘sekejap cerah, sekejap mendung’. Blog pun dah lama tak update apa-apa.

 

Soalan saya, adakah IM marketer yang menulis blog benar-benar mahu membantu orang ramai dengan penulisannya? Terpulang kepada anda.