Apabila penyokong bola lebih agresif dari pemain bola…

Bolasepak bukan sahaja boleh mengeratkan persahabatan sesebuah negara dengan negara yang lain, kerana bolasepak adalah permainan global. Mana ada negara yang rakyatnya tidak ada bermain bolasepakkan ? (Kecuali di Kutub Utara, Kutub Selatan dan Vatican City).

Tetapi bola jugalah yang boleh menyebabkan keruntuhan semangat setiakawan, sekiranya bermain bola bukan untuk persahabatan, sebaliknya untuk mengejek sesama sendiri dan akhirnya jadilah peristiwa hitam seperti di bawah.


Perlawanan Liga Juara Afrika di antara Zamalek (kelab dari Mesir) dan Club Africain (Tunisia) dicemari dengan insiden yang amat memalukan apabila penyokong fanatik di antara kedua-dua kelab bergaduh di tengah padang. Tidak cukup dengan itu, beberapa penyokong telah menumbuk muka jurulatih kelab Zamalek dan beberapa pemain lagi dicederakan oleh penyokong-penyokong bola yang bebal ini.



Masalah yang ditimbulkan oleh penyokong  Mesir ini amat memalukan sehingga Persatuan Bolasepak Mesir terpaksa menghadap Kesatuan Bolasepak Afrika (CAF). Ketika kejadian, Zamalek mendahlui jaringan 2-1.

Harap harap penyokong di Malaysia tak de le macam ni… Moga-moga dijauhkan… Amin..!!!!