Apa istimewanya perkahwinan Putera William dan Catherine Middleton?

image

Seperti mana yang kita tahu dan seluruh alam cakerawala ini tau, hampir seluruh kaum kerabat Di Raja British akan meraikan hari perkahwinan putera sulung Putera Charles iaitu Putera William dengan pasangannya Catherine Middleton.

Apa yang menariknya, hampir seluruh media massa tak kira le dari negara mana pun sedang melakukan liputan meluas untuk meraikan dan meng’glamour’kan Putera William dan pasangannya.

 

Peliknya, saya tidak tahu pun perkahwinan mereka dah dekat sangat. Seminggu lagi confirm mereka menjadi Putera dan Puteri di Istana Di Raja (maaflah saya tak tau pun apa nama istana diaorang ni..)

 

Pelbagai aktiviti dan inisiatif diambil oleh pihak istana untuk meng’glamour’kan Putera William ni, termasuklah mencetak setem perkahwinan (memoir le kononnya), mengadakan Channel Stream apabila acara ini berlangsung, menyediakan buku mesej (message book) dan macam-macam lagi le yang saya malas nak ambik tau.

 

Tetapi apa le sangat keistimewaan perkahwinan diaorang ni? Sampai ada beberapa Channel di Astro pun nak menyiarkan perkahwinan mereka yang bagi saya sebenarnya tak penting, dan Putera William pun bukannya rakyat Malaysia. Tak payah le nak sibuk-sibuk sangat pasal diaorang ni….

 

Perkahwinan mereka akan berlangsung pada 29hb April 2011. Moga moga bahagia lah kamu berdua dan tak bercerai berai seperti mana ibu bapa Putera William dulu.