Kemusnahan dari bencana alam di Jepun.

image
Jepun telah dilanda gempa bumi dan tsunami besar pada 11 Mac 2011. Dengan lebih spesifik, tsunami telah melanggar Jepun pada pukul 2:46 petang waktu tempatan. Tidak cukup dengan itu, Timur Laut Jepun mengalami beberapa lagi gempa susulan dan yang paling memburukkan keadaan, ke empat-empat loji nuklear di Fukushima (di mana Fukushima antara kawasan yang terjejas teruk di landa tsunami) telah meletup kerana kegagalan ‘cooling system’ berfungsi. Maka tersebarlah bahan-bahan radioaktif di udara.



Saya tidak berniat untuk menulis panjang lebar tentang bencana ini kerana apabila sudah ditakdirkan, maka gempa dan tsunami tetap akan berlaku. Harus diingat perkataan tsunami sendiri berasal daripada bahasa Jepun sendiri yang bermaksud ‘ombak tinggi’. Apabila tsunami membadai Jepun, maka kita saksikan di televisyen betapa dahsyatnya ‘penangan’ tsunami ini. Rumah-rumah habis roboh dihanyutkan air dan kenderaan-kenderaan seperti ‘semut-semut’ aje.


Kemusnahan yang berlaku di Jepun amat dahsyat dan amat malang bagi mereka yang terkena dengan pukulan tsunami di Jepun. Dianggarkan hampir 10000 orang terbunuh dan angka kematian ini akan terus meningkat kerana masih ramai lagi yang hilang.
Apa pengajaran yang kita boleh ambil daripad tragedi Jepun ini?

1.) Jepun adalah sebuah negara yang mementingkan ekonomi sehingga lupa bahawa kemakmuran Jepun tidak akan berkekalan lama. Hampir separuh daripada rakyat Jepun sendiri tidak ada pegangan agama, hanya mementingkan wang dan keselesaan hidup. Maka dengan pukulan tsunami maka hidup mereka lagi tidak selesa.

2.) Kuasa alam mengatasi segala-galanya. Pembangunan di panta persisir tidak mengambil kira faktor alam. Reaktor nuklear Jepun hanya mampu menahan ombak setinggi 7 meter panjang, tetapi gagal menampung ombak setinggi 10 meter. Akhirnya ombak besar ini telah memusnahkan sama sekali reaktor nuklear Jepun dan mengeluarkan bahan radioaktif. Bahan radioaktif ini boleh menyebabkan barah.

3.) Pasaran saham dan ekonomi Jepun mula terancam susulan daripada bencana alam dan krisis kemanusiaan. Bukan sahaja Jepun, malah beberapa negara yang mempunyai dagangan bersama Jepun mula merasa tempiasnya termasuk Malaysia. Suka atau tidak, tidak berapa lama lagi beberapa buah kilang di Malaysia (yang beribu pejabat di Jepun) akan tidak beroperasi selama beberapa minggu kerana ketiadaan part, komponen atau bahan mentah yang lain.
Bukan sahaja di kilang-kilang, malah syarikat pembekal makanan dari Jepun juga akan mengalami masalah yang serupa kerana tiada lagi bahan mentah.

4.) Seperti kenyataan di nombor 1, separuh dari rakyat Jepun menjadi hamba duit. Hanya mementingkan kerja dan kerja adalah segala-galanya hingga lupa yang mereka juga adalah manusia biasa. Duit tidak akan membawa makna sekiranya tiadanya konsep syukur di antara sesama mereka dan duit inilah yang menyebabkan kemusnahan berpanjangan.