Gunung Pulai… Oh Gunung Pulai…

image
Walaupun saya tidak berapa sihat, tetapi saya dan isteri bercadang untuk berjalan-jalan ke Gunung Pulai. Walaupun saya tinggal di Johor, tetapi Gunung Pulai ini tidak pernah sekali pun saya jejaki, panjat pun tak pernah. Niat saya pada hari tersebut hanya untuk makan angin sahaja. Tidak ada niat pun nak panjat sampai ke puncak.


Air terjun dan hutan lipur Gunung Pulai ini terletak bersempadanan di antara Kulaijaya dan daerah Pontian. Nak datang dari arah Pontian pun boleh… daripada arah Kulai pun boleh.  Laluan utama untuk ke Gunung Pulai ini ialah Kampung Sawah.

Setibanya di Gunung Pulai, saya baru tahu yang sebenarnya di pintu utamanya, Jabatan Perhutanan Johor sudah pun menutup pagar pintu masuk ke Air Terjun Gunung Pulai. Maksudnya di sini, Gunung Pulai tidak dibenarkan untuk dimasuki oleh orang awam. Mengapa?

20032011298
Pagar berkunci.. Entah sampai bila le nak bukak balik pagar tu…?

Untuk memasuki Gunung Pulai yang dah tersedia dipagar oleh pihak berkuasa, orang ramai yang datang ke sini memasuki Gunung Pulai melalui denai sempit si sebelah kiri tembok batu yang berpagar tadi. Hmm serupa tak payah berpagar.

20032011276
Selepas berjaya melepasi pagar berkunci tadi, maka saya dan isteri pun cuba menuju ke air terjun dengan berjalan kaki. Untuk sampai ke air terjun tu, kena berjalan selama 10 hingga 15 minit. Cuma yang tak tahan tu sebab nama pun gunung, confirm le jalannya agak berbukit dan menaik. Bukannya jalan landai.

20032011277
Isteri dan anak saya sempat bergambar.

Dalam perjalanan ke air terjun, saya sempat mengambil beberapa foto flora dan fauna di Gunung Pulai ini. Macam biasa, hutan simpan di sini masih terpelihara, cuma di lereng-lereng bukit berdekatan di tepi jalan, beberapa pohon kayu sudah sedia tumbang menyembah ke bumi.


20032011278 20032011279
20032011280 20032011282

Saya sampai di air terjun dalam jangka masa setengah jam kerana berjalan perlahan. Cuaca pada hari Ahad agak mendung dan hujan gerimis membadai Gunung Pulai.

Saya agak tertarik dengan sebuah bangunan tinggal yang terdapat di tepi jalan ni. Saya berasakan bahawa ini adalah salah satu projek kerajaan yang ‘tak menjadi’. Mungkin plan asal ialah membuat tempat untuk bermandi atau pun tandas.
20032011281

Setibanya di air terjun di sebelah bawah gunung, saya hanya mampu menggelengkan kepala. Kenapa?
Lihat sahaja gambar di bawah.

20032011284 20032011285 20032011286 20032011287
Bahagian tangga untuk menuju ke air terjun ini penuh dengan sampah sarap yang dibuang oleh pengunjung. Saya berasakan perbuatan ini amat keji dan kesedaran sivik orang kita masih ditahap paras rendah. Buang sampah dah le merata-rata di tangga, lepas tu di mana pihak berwajib untuk memantau kebersihan di kawasan air terjun ni?

Isteri dan anak saya sempat turun ke bawah untuk merasa air terjun ni, walaupun hanya membasuh kaki.
20032011289 20032011291

Gambar-gambar di bawah saya ambil ketika turun semula dari air terjun Gunung Pulai tadi.

 20032011294 20032011295  20032011297

Selepas turun dari Gunung Pulai tadi, saya memang agak kecewa dengan sikap orang-orang kita yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata. Tau nak berehat, nak mandi kat air terjun, nak makan… tapi bila bab sampah.. memang fail….. !!!!!! (Gagal… gagal)

Sepatutnya jika mahu menutup dan melarang orang ramai daripada melawat air terjun, lebih baik disediakan pengawal sebelum kerja-kerja pengubahsuaian atau kerja pembersihan di buat. Tetapi nampaknya pihak kerajaan negeri macam suam-suam kuku aje bila menguatkuasakan larangan kepada orang awam.
Dah tau tak bagi orang masuk.. letak le security…!!!!!!!