Bergaduh kerana awek!!

image
Sekadar gambar hiasan

Masih di Terengganu dan masih lagi cerita seorang buruh. Seorang buruh dihentak kepalanya dengan parang dan dibelasah oleh sekumpulan manusia jelek kerana hanya seorang perempuan. Nasib buruh tadi agak baik kerana ketika kejadian, dia ada pakai helmet dan hanya cedera di muka. Agak pelik, sekumpulan manusia yang membelasah hanya seorang, tetapi cuma dapat cederakan muka sahaja.


Situasi mencemaskan itu dikatakan berlaku apabila mangsa menafikan dia mempunyai hubungan dan melarikan seorang gadis, dipercayai adik salah seorang lelaki yang menyerangnya, selepas ditanya kumpulan lelaki terbabit.

Hmm. sungguh bangang kepada yang bergelar ‘seorang lelaki’ tadi. Entah adiknya lari ke mana, tidak ada usul periksa terus belasah orang lain. Skrip sama sahaja macam dalam cerita Cerekarama atau drama-drama melayu yang lain. Apa nak jadi le dengan orang-orang kita sekarang. Sampai sanggup mencederakan orang lain.

KUALA TERENGGANU - Malang bagi seorang buruh apabila kepalanya dihentak dengan parang dan dipukul oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian di Flat Sri Kolam, Bandar Kuala Terengganu, malam Jumaat lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang berusia 29 tahun itu bernasib baik kerana memakai topi keledar dan hanya mengalami kecederaan pada muka serta menerima beberapa jahitan akibat kejadian itu.
Situasi mencemaskan itu dikatakan berlaku apabila mangsa menafikan dia mempunyai hubungan dan melarikan seorang gadis, dipercayai adik salah seorang lelaki yang menyerangnya, selepas ditanya kumpulan lelaki terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan (gambar) berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 10 malam, sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Menurutnya, ketika polis sampai, mangsa berada dalam keadaan lemah, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala kumpulan lelaki yang dipercayai antara lapan hingga 10 orang itu sudah melarikan diri.
“Mengikut siasatan awal kita, mangsa sebelum itu berada di Bandar Kuala Terengganu dan segera pulang setelah dihubungi ahli keluarganya yang memaklumkan bahawa ada orang ingin berjumpa dengannya.
“Apabila sampai di tempat letak motosikal di flat kediamannya, mangsa kemudiannya didatangi sekumpulan lelaki. Mangsa ditanya sama ada mempunyai hubungan dengan salah seorang adik perempuan salah seorang ahli kumpulan terbabit dan melarikannya, namun mangsa menafikannya,” katanya.
Tidak puas hati dengan jawapan diberikan, mangsa yang ketika itu masih memakai topi keledar, dihentak dengan parang pada kepala, sebelum ditumbuk oleh salah seorang daripada kumpulan terbabit.
Bagaimanapun, adik mangsa ternampak kejadian itu, lalu meminta pertolongan daripada penghuni flat yang lain.
Apabila melihat orang ramai ingin meleraikan kejadian itu, kumpulan tersebut melarikan diri, dipercayai dengan dua buah kereta, manakala sebuah lagi kereta yang dipercayai milik kumpulan lelaki terbabit ditinggalkan.
Orang awam yang tidak berpuas hati dengan kejadian itu kemudiannya mengambil keputusan memecahkan cermin kereta yang ditinggalkan itu.
“Suspek masih belum ditangkap tetapi kita telah kenal pasti kumpulan lelaki itu. Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata dalam rusuhan dan Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cuba mendatangkan cedera parah.
“Individu yang memecahkan cermin kereta suspek pula bakal dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana rusuhan,” katanya.
Manoharan turut menasihatkan orang ramai yang berdepan situasi seperti itu supaya tidak mengambil tindakan singkat dengan memecahkan cermin kenderaan orang lain tanpa sebab kerana mereka boleh didakwa.
Beliau juga mengharapkan orang ramai yang mengetahui mengenai kejadian itu agar menghubungi polis segera bagi siasatan lanjut.