Apabila faktor keselamatan tidak diambil kira

image
Sikap sesetengah kontraktor yang tidak mengambil peduli tentang keselamatan para pekerja yang bekerja di bawah kontraktor tersebut sebenarnya boleh mengundang padah kepada kontraktor itu sendiri. Kontraktor yang hanya tahu mengaut keuntungan sahaja, tetapi tidak memikirkan tentang keselamatan pekerja, apatah lagi keselamatan orang ramai, memang tidak perlu lagi diberi lesen kontraktor. Lagi bagus lesennya ditarik balik.


Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini, seorang buruh binaan warga Indonesia terbunuh apabila jatuh dari tingkat 3 ketika pembinaan Asrama Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud. Walaupun beliau sempat mengucapkan Allahuakbar, tetapi tidak ada ‘keajaiban’ yang berlaku.
Saya tidak menolak kemungkinan adanya faktor kelalaian oleh pekerja tadi, tetapi di mana pihak majikan? Adakah mereka memang tidak mengajar pekerjanya tentang keselamatan?

Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja sekiranya pekerja masing-masing mengabaikan keselamatan atau sengaja tidak mematuhi syarat-syarat kontrak (untuk sesuatu pembinaan). Maka pihak kontraktor yang terlibat mesti ada sikap responsibilti terhadap kejadian di Kuala Terengganu ini.

Saya malas nak tulis cerita ni panjang-panjang.
Anyway, bagi yang bekerja di tempat yang berisiko. Macam biasa… Safety first arrr…