Apa faedahnya jadi peminat Justin Bieber.

Malam tadi saya ada menonton siri baru CSI (Musim ke 11) di siaran Astro 701 AXN. Apa yang menarik perhatian saya ialah salah seorang pelakon undangannya iatu seorang budak yang sudah menjadi kegilaan seluruh dunia dengan lagu bodohnya yang berjudul “pray”.
Siapa lagi kalau bukannya si Justin Bieber tu..



Siapa yang tidak kenal Justin Bieber? Confirm kenalkan? Tapi saya mengaku sebenarnya saya bukanlah peminat dia sebab dah memang tak minat dia pun… budak lagi… umurnya baru nak masuk 17 tahun tu.. tapi dah popular woiiii..
Tapi yang menyampahnya kenapa pula le produksi CSI ambik dia sebagai Guest Star plak? (Memegang watak Jason McCann, adik kepada seorang pengebom/pengganas)





Saya bukannya nak cerita lakonannya di siri CSI tu.. tapi nak tau juga kenapa dia menjadi fenomena di seluruh dunia. Apa istimewanya budak ni? Suaranya aku rasa biasa sahaja… Tak de ape pun…

Tapi yang paling menyampah ialah apabila segulung rambutnya dilelong di ebay… kononnya untuk tujuan kebajikan. Hai entah le.. kalau dah glamour tu sampai rambut pun laku. Itu belum lagi kalau jual spender kat ebay.. Confirm 5 juta US Dollar.

Walau bagaimanapun, apa sebenarnya keistimewaan dia?