Anwar semakin degil

Semakin didesak, semakin degil. Itulah yang boleh saya perkatakan tentang senario yang berlaku di Majkamah melibatkan ketua pembangkang tersohor negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kes melibatkan pertuduhan liwatnya terhadap bekas pembantunya sendiri semakin rumit apabila mahkamah memerintahkan Anwar menyerahkan sampel DNA untuk diperiksa, tetapi Anwar menolak arahan mahkamah itu dengan selamba.

Persoalannya, apa agenda Anwar Ibrahim selepas ini? Ramai orang trmasuk dari parti dalamannya sendir di PKR mula sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar dek kerana hanya enggan menyerahkan sampel DNA untuk dianalisa kerana di dalam kamar mahkamah, terdapat satu DNA yang ada pada dubur Saiful yang menunjukkan dirinya diliwat. Maka DNA si yang dituduh, iaitu Anwar perlu diperiksa untuk analisis.

Malangnya Anwar tidak mahu menyerahkan DNA nya kepada mahkamah?

Apa permainan Anwar selepas ini? Buat roadshow mengatakan dia tidak bersalah? Menyatakan DNA nya mungkin disalah guna atau sememangnya dia terlibat?

Sama-samalah kita tunggu jawapannya kerana jika dia berada pada orang yang tidak bersalah, sepatutnya dia tidak takut dengan bayang-bayang sendiri