Server PDRM asyik memanjang je ‘down’! Pe hal…???

image

 

 

 

Pada hari ini 28hb Feb 2011 telah mencatatkan satu sejarah (rasanya sejarah ini dah banyak kali berulang) di mana orang-ramai menyerbu kaunter polis trafik. Kenapa? Sebab tarikh ini le yang dikatakan tarikh keramat bagi pesalah-pesalah trafik untuk ‘melunaskan’ hutang mereka kepada polis agar mereka tidak ‘diblacklist’ oleh polis.

 

Di sekitar tempat tinggal saya, antara kaunter terdekat yang dibuka oleh polis trafik ialah di pejabat pos. Cuma ada dua pejabat pos yang boleh dikunjungi di Pasir Gudang untuk membayar saman iaitu di Pasir Gudang dan juga di Masai. Tetapi apabila tiba di pejabat pos, alangkah ramainya pesalah-pesalah trafik yang menunggu giliran untuk membayar saman. Lebih kurang pukul 10:30 pagi, pihak pejabat pos tidak dapat mengeluarkan nombor giliran dan meminta kepada sesiapa ynag tidak dapat nombor, kena pergi ke ibu pejabat polis trafik sama ada di Johor Bahru atau di Bandar Seri Alam. Begitu kecewanya mereka yang tidak dapat nombor giliran. Dah le penat beratur, tetapi akhirnya tak dapat nombor dan pulang dengan muka yang amat toya.

 

Kita tinjau pula ke ibu pejabat polis trafik cawangan Bandar Seri Alam yang jaraknya lebih kurang 10km daripada Pasir Gudang. Amat terkejut. Ramainya orang…. Ni lagi le confirm tak dapat nombor.

Pada jam 11:20AM, pihak ibu pejabat menyatakan bahawa sistem pelayan PDRM mengalami masalah dan segala pemprosesan bayaran diberhentikan sementara. Yang dah lama beratur nak melakukan pembayaran saman mula panas hati.

“Polis ni, server memanjang je down.. down.. down!!!!!” kata salah seorang pesalah trafik yang telah pun beratur panjang.

“Nak buat macam mana? Ni le polis Malaysia” kata rakannya di sebelah.

Sistem pelayan PDRM pulih pada pukul 12:40pm, tetapi itu hanyalah sementara….

 

Pada pukul 1:20pm, polis memberitahu server PDRM kembali bermasalah dan ‘over capacity’.

Haduih!!! Masalah je memanjang server PDRM ni. Pakai server cap itik ke ape di saat-saat genting ni?

Ada pesalah trafik yang mula berputus asa untuk meneruskan bayaran. Siap cakap ‘ alah…. tahun ni tak bayar, tahun depan ada lagi kan? ’

Ada juga yang berkata “Bangkrap aku.. elok-elok saman aku RM150, besok terus jadi RM600…….”

 

Sebenarnya saya tidak pasti sama ada betul atau tidak, sekiranya kita gagal membayar saman trafik pada masa diskaun ini berlangsung, maka besok samanya akan naik 2 kali ganda. Benarkah begitu?

 

Jika difikirkan balik, server polis menjadi over capacity pun disebabkan kita semua… Siapa suruh bayar last-last minit harrrrr….???

Jangan kata server polis… yang server berkaitan pembayaran saman online juga bermasalah sehingga tidak boleh diakses seperti rilek.com dan juga MYEG.

Maka, salah siapa tu…?