Percaya le sangat dengan Wak Di…

 

image

 

(Gambar ehsan al-aajily.fotopages.com)

Siapa Wak Di? Penting sangat ke Wak Di ni di mataku? Dia ke bloggers yang mendapat liputan meluas dari pengikutnya tu ke..? Sehebat cikeju kah? Sehebat Ben Ashaari kah? Atau sehebat cikgu Shida kah..?

 

Apa ke benda pulak? Wak Di bukanlah seperti yang anda semua sangka. Langsung tidak related dengan orang-orang di atas. Saya mendapat satu email daripada entah siapa entah…. Email itu menyatakan yang dia mahu mencari Wak Di. Tujuan untuk mendapatkan Wak Di ialah kerana mahu melabur melalui Wak Di ni… Hmm tulis banyak-banyak kat entry ni pun tak guna juga. Mari saya lampirkan email ini di bawah dan anda nilaikanlah sendiri.

 

Salam dan Salam 1 malaysia.
2 thn lamanya saya mencari seseorang yg dikenali sbg 'Wak Di'.Beliau merupakan seorang pelobi projek gomen dan seringkali berurusan dgn PM ofis di putrajaya.Kenapa sy mencarinya?? kerana..
1) Bagi RM 1000 yg dilaburkan, anda akan mendapat pulangan RM 100,000 dan begitula seterusnya
2) Dana tersebut khabarnya adalah harta-harta kerajan dlm bentuk rampasan2,sita, cukai2, harta2 di luar pesisir yg kabarnya telah 'dibersihkan'.kabarnya dlm trilion!!
3)Memang mendapat kelulusan pihak kerajaan dlm hal ini.kabarnya kabinet dah approve melalui mesyuarat kabinet yg setiausahanya dikenali sebagai 'Datuk Y'.
Sesiapa yg kenal/pernah mendengar tentang beliau harap dapat membantu.Kabarnya last address di rawang dan mempunyai adik yg bernama Arman.dan mempunyai ramai sedara di area Ampang.
Harap sesiapa disana dapat membantu.tq

Rasa nak ketawa dan sedih pun ada apabila membaca email ni yang masuk melalui email box saya (rizman5207@gmail.com)

Nak ketawa pasal dah dekat 2 tahun, sampai sekarang pun tak jumpa siapa dan di mana Wak Di ni berada dan adakah Wak Di ni benar-benar wujud?

Sedihnya ialah kerana masih ada lagi orang kita yang berfikiran sempit.Mahu senang dengan cara yang mudah. Orang melabur kat akaun emas pun belum tentu untung sampai 1000%, ni kan pulak dengan hanya melabur RM1000, pulangannya RM100000. Melabur dalam dana kerajaan yang entah betul ataupun tidak…

Hai… entah le orang kita sekarang….. Tau nak kaya cepat aje… Confirm orang ni pemalas…