Kecewa dengan Festival Layang-layang 2011

image

 

 

Festival Layang-layang 2011 yang berlangsung dari 16hb hingga 20hb Feb 2011 telah melabuhkan tirainya pada malam tadi. Festival Layang-layang 2011 ini adalah anjuran bersama kerajaan Johor, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Persatuan Pelayang Johor.

 

Ketika festival ini berlangsung pada hari kedua (17hb Feb), saya sempat juga singgah di beberapa buah gerai mini yang menjual berbagai-bagai bentuk layang-layang, dan tidak lupa juga melihat berapa banyak layang-layang yang berjaya dinaikkan, Dengan cuaca yang kadangkala hujan pada sebelah petang, kebanyakan layang-layang gergasi tidak boleh dinaikkan. Ada le sebuah layang-layang tu… bentuk Upin gergasi.. berjaya dinaikkan pada hari tersebut (Maaf.. Tiada gambar yang diambil kerana tiada kamera yang dibawa pada masa kejadian)

 

Pada hari terakhir festival ini berlangsung, Man agak terkilan kerana tidak dapat menyaksikan beberapa buah layang-layang gergasi yang berjaya dinaikkan ke udara. Bukannya saya tidak datang, tetapi dihalang oleh pihak yang bertugas kerana masalah parking. Macam mana boleh tak ada parking niiiii…? Dah le malam tadi nak tengok konsert (di tempat yang sama) pun tak dapat, hari ni dah tak boleh nak masuk.

 

Ditambah lagi dengan kesesakan jalan raya sepanjang jalan yang menuju ke festival layang-layang ni.. Man rasa le kan, tahun ni penganjurannya antara yang ‘tidak terbaik’ dianjurkan oleh Persatuan Pelayang pada kali ni. Kebanyakan pelayang gagal menaikkan layang-layang  kerana masalah hujan yang tidak menentu pada sebelah petang, dan juga kerana faktor angin yang kurang.

 

Diharap kerajaan Johor, MPPG dan Persatuan Pelayang dapat mengambil iktibar daripada penganjuran yang lemah untuk tahun ni. Bagi saya, kelemahan yang paling ketara adalah dari segi pengawalan trafik yang buruk pleh MPPG.