Kacau bilau di Asia Tengah: Salah siapa?

image image image

 

Kejatuhan Presiden Zine El Abidine di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir telah menunjukkan bukti kuasa rakyat masing-masing melebihi kuasa yang ada pada presiden itu sendiri. Jika rakyat tidak suka (suara majoriti) maka jatuhlah pemimpin tersebut, walaupun jasa sebesar gajah sekalipun, dia tetap jatuh.

Jika dilihat semula kenapa dua presiden ini tersungkur, puncanya adalah kerana polisinya sendiri. Di Tunisia, rakyat tidak boleh bersuara dan negara sendiri sudah jadi macam negara polis. Salah suara sikit, masuk jail. Presiden dan balacinya hidup mewah dan menghisap kekayaan negara, walhal di sebelah rakyat, mereka hidup menderita.

 

Kedua-dua presiden ini sudah lupa, hidup ini tidak lama. Begitu juga dengan kuasa. Jika Allah tidak suka, segala kekuasaannya terhadap rakyat senang-senang sahaja ditarik balik. Hosni Mubarak memerintah Mesir terlalu lama (hampir 30 tahun) dan oleh kerana kekangan politiknya, pembangkang seolah-olah tidak berfungsi. Salah suara aje… kena tangkap dan diseksa. Hosni Mubarak memang sudah lupa akan kehendakNya dan akhirnya dia terpaksa kalah dengan kehendak rakyat.

 

Dan kini, protes rakyat sudah mula menular ke Bahrain, Algeria, Yemen dan Libya kerana tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh pemerintah masing-masing. Sudah ada yang cedera dan terbunuh ketika protes berlangsung di Bahrain, Libya dan Yemen.

 

Maka, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah Muammar Gaddafi mahu menyalahkan dirinya sendiri kerana protes ini? Dia ni pun salah seorang pemerintah yang memerintah Libya dalam jangka masa yang amat lama. Dia harus memberikan laluan untuk rakyat bagi memilih siapa presiden mereka selepas ini. Bukannya asyik-asyik muka dia aje tiap-tiap tahun tanpa apa-apa perubahan bagi meningkatkan taraf ekonomi kehidupan rakyat.

 

Semua ini salah sendiri…..