Gimik rombakan kabinet oleh Najib

image

Pada 2 hari yang lepas, PM Malaysia Datuk Seri Najib menafikan akan adanya rombakan kabinet secara besar-besaran terhadap beberapa Kementerian dan katanya lagi, rombakan kabinet boleh diadakan bila-bila masa atau tidak ada rombakan langsung.

Pada pendapat Man le kan…. ini hnaya satu gimik. Walaupun dia mengatakan bahawa tiada rombakan kabinet yang akan dibuat, tapi rasanya Datuk Seri Najib ni akan buat juga.

 

Sejarah pernah menulis PM Malaysia memang suka buat gimik.

Contohnya sebelum pilihanraya 2008, PM sebelumnya Tun Abdullah menafikan yang beliau sudah berjumpa DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan parlimen dan sambil berseloroh, tiada pilihanraya buat masa terdekat. Tetapi besoknya parlimen dah bubar dan pilihanraya pun perlu dilakukan. Agaknya BN kalah pasal PM suka sangat bergimik.

 

Satu lagi gimik ialah pada masa Tun Mahathir menjadi PM. Para pemberita ada bertanya kepada PM Mahathir tentang hubungannya dengan Datuk Seri Anwar (ketika itu Anwar adalah TPM beliau) sama ada khabar angin mengatakan yang hubungan mereka berdua renggang, tetapi Mahathir menafikannya. Besoknya… jeng jeng jeng… Anwar dipecat.

 

Mungkin Datuk Seri Najib tidak bergimik. Mungkin!!!! Kita tunggu bulan ni sama ada berlaku rombakan kabinet seperti yang dinyatakan atau tidak….!!!!! Baguslah kalau PM Najib tak bergimik.