Cerita-ceriti tentang jalan raya di Malaysia( post banjir)

image

Cerita selepas banjir!!! Ye buat masa ini, berita terkini daripada media elektronik seperti di TV3, Astro Awani, RTM dan yang seangkatan dengannya memberitahu, banjir di beberapa buah negeri di kawasan selatan tanah air sudah mula beransur-ansur surut.

 

Diulang!!! Beransur-ansur surut. Bukannya surut terus…!!!

 

Macam biasa, selepas hujan turun dalam beberapa hari dan menyebabkan banjir besar, jalan raya utama akan digenangi air. Selepas banjir surut, apa yang kawan-kawan semua lihat pada jalan raya tadi?

 

Ye betul… Jalan raya akan berlopak dan ‘berkopak’ di mana-mana. Kenderaan-kenderaan yang terpaksa melalui jalan ini akan mula memenuhkan jalan yang belum dibaiki.

Macam mana nak dibaiki, abis tu sibuk sangat nak guna jalan…!!

 

Sok sek sok sek bila jalan makin teruk, yang mana orang tidak reti bersabar…. Apa yang dia akan kata???

1.) Bodoh punya jalan !!!!!

2.) Kerajaan buat jalan dengan batu ‘cap ayam’!! Pasai ape senang terkopak?

3.) Bangang punya JKR? Bila nak repair jalan ni…?

4.) Celaka punya lori… pasai pe lalu jalan rosak..?

Itu adalah salah satu contoh ayat daripada manusia yang tidak tahu erti sabar.. Tau nak marah je dan menyalahkan pihak kerajaan. Maklumlah, jalan pun free…

 

Biasanya selepas banjir, jalan yang berlopak atau dah pun terkopak akan dibaiki, tetapi agak mengambil masa. Kalau jalan tersebut terlalu sibuk, cara yang paling mudah ialah dengan menampal dahulu jalan yang berlubang tadi. Jalan akan confirm cantik bila dekat-dekat pilihanraya atau pun jika ada orang penting yang memang nak lalu jalan itu. Contohnya kerabat diraja atau pun PM.

 

Kalau tidak ada 2 senario di atas, jalan tetap akan dibaiki tetapi paling kurang pun, 2 tahun baru siap. Itu pun kalau tidak ada banjir yang berlaku pada tahun berikutnya.

Oleh itu, kepada mereka yang terpaksa melalui jalan yang banjir ini, diharapkan banyak le bersabar ye…

Sabarrrrr….!!!!!