Bila bos anda tahu menyuruh sahaja….

image

Pada mereka yang masih bekerja makan gaji, terutamanya di sektor swasta, Man yakin yang kawan-kawan semua akan mendapat bos yang hanya tahu nak menyuruh sahaja….. Tetapi tidak melihat atau menyedari sama ada arahan dia itu betul atau pun tidak…

 

Hal ini kerap juga berlaku pada diri Man. Rasanya macam nak bagi sidekick aje kat kepala bos ni bila memberi arahan yang kadang-kadang tidak mampu untuk membuatnya dalam satu masa. Dia ingat aku ni superman ke ape…?

 

Ketika saya ada tugasan di Kulai, bos Man yang bangang ni boleh call tanya report itu, report ini nak kena hantar sebelum pukul 4pm. Masa itu jam pukul 3pm. Man mengatakan bahawa saya tidak boleh menyiapkan report tadi sebab masih di Kulai.

 

Tahu apa dia cakap?

 

Dia suruh balik mesti siapkan jugak, suruh telefon customer yang mintak report tu supaya menunggu…

Wah..wah wahh.. Sedapnya menyuruh? Sial punya bos!!! Dia ingat Kulai dengan Pasir Gudang tu dekat ke…? Aku pulak yang kena call customer tu? Aku jugak yang kena cakap ‘tunggu’ kat customer tu walhal customer tu call dia, bukan aku..

 

Tahu apa Man buat lepas tu…

Buat bodoh je…. Handphone terus bagi off, sambung je kerja kat Kulai. Pasal memang dah tak sempat.

Sebenarnya report tu dah disiapkan dan dah siap hantar pun, email siap cc lagi kat bos Man yang bangang tak bertempat tu. Tapi yang bodohnya dia tak reti nak menyemak semula report tu. Yang dia tahu report tu mesti ada aje…

 

Bangang punya bos!!!