Copy writing : Etika yang perlu diketahui

Berjumpa kembali dalam artikel saya yang seterusnya yang memperkatakan tentang kerja copy writing.

Pada artikel pendek saya yang lepas, saya ada menyatakan yang kerja copywriting ini sudah menjadi kebiasaan di luar negara. Tetapi jika di Malaysia, apabila anda mencedok bulat-bulat penulisan orang lain, maka anda bersedia untuk :-

i.) Dikutuk habis-habisan oleh penulis blog yang lain menerusi komen-komen yang TERAMAT PANASNYA!!

ii.) Blog anda akan dipromosi oleh penulis blog yang lain sebagai blog sampah.

iii.) Mungkin juga didakwa di mahkamah, sekiranya empunya blog yang anda plagiat tu banyak duit untuk membayar kos mahkamah. (Tetapi setakat ini, tiada pun undang-undang di Malaysia untuk cover penulis blog)

iv.) Nama anda dan blog sudah busuk di forum-forum blog terkenal, terutamanya GengBlogger (itu pun kalau anda rasa gatal pergi ping kat sana)

 

Maka sebelum anda melakukan kerja-kerja copy writing artikel orang lain. pastikan anda:-

i.) Meminta kebenaran daripada penulis blog yang anda mahu salin artikel beliau. Minta baik-baik jika anda mahu copy 100% penulisan beliau.

ii.) Anda dapat A dalam Bahasa Inggeris atau pun Bahasa Melayu di peringkat SPM.

iii.) Kredit diberi diakhir penulisan

 

Saya berasakan yang syarat kedua itu lebih penting daripada syarat yang pertama dan ketiga. Sebab apa?

Bukan ke dekat sekolah dulu kita ada mempelajari cara membuat ringkasan karangan, membuat rumusan ayat atau pun menterbalikkan ayat panjang. Kenapa tidak digunakan ilmu bahasa yang pernah kita pelajari dulu masa kat sekolah?

 

Dah tahu nak buat kerja menyalin hasil kerja orang, saya sarankan jangan sesekali menyalin bulat-bulat artikel tadi. Pandai-pandailah anda mengolah sendiri artikel menggunakan ilmu bahasa yang pernah kita pelajari dulu.

 

Arioosss!!!!!

 

RIZMAN M.A