Copy Writing. Adakah ia dibenarkan?

Ada sesetengah penulis blog peribadi tidak mempunyai idea ketika menulis sesuatu artikel di blog masing-masing. Salah satu cara yang paling ‘pantas’ untuk menulis ialah dengan “copy writing”.

Copy writing bermaksud anda menyalin semula penulisan orang lain. Di luar negara seperti di Amerika Syarikat (U.S.A) dan di sesetengah negara eropah, kerja menyalin semula penulisan orang lain sudah menjadi kebiasaan kepada penulis blog. Malah, terdapat beberapa penulis blog yang menjana pendapatan hanya dengan mendapat upah ‘menyalin semula’ penulisan atau artikel orang lain.

 

Persoalannya, adakah perkara ini dibenarkan dan apa hak anda sebagai penulis blog bila tulisan anda ditiru?

 

Di luar negara, ‘copy writing’ bermaksud anda tidak boleh meniru secara terang-terangan dan bulat-bulat tulisan orang lain. Sekiranya anda meniru bulat-bulat artikel orang lain, itu bukanlah bermaksud ‘copy writing’. Malah terdapat sebuah software yang direka untuk tidak membenarkan orang lain meniru sesebuah artikel (contohnya Copyscape). Bukannya senang nak plagiat kerja orang lain sesuka hati.

 

Tetapi disebabkan ‘copywriting’ menjadi penjanaan wang, maka terdapat penulis bebas melakukan kerja untuk ‘copywriting’ sahaja.

 

Di Malaysia, kerja ‘copywriting’ masih belum popular kerana kebanyakan blog yang wujud di negara ini adalah blog personal. Blog berbentuk artikel masih agak kekurangan. Malah ada yang jarang dikunjungi. Blog di Malaysia lebih suka cerita-cerita panas daripada cerita-cerita tentang bisnes. Adakah kerja-kerja copywriting ini dibenarkan di Malaysia?

 

Jawapannya, anda sendiri yang tahu…..

 

RIZMAN M.A