Berkarya di Indonesia

 

image

 

Dalam bulan lepas, ketika Piala AFF Suzuki berlangsung, dengan bangangnya berlaku perang siber di antara penyokong bolasepak Indonesia dan Malaysia yang kononnya amat taksub dengan negara masing-masing. Indonesia kata Malaysia main bola dengan bantuan pancaran laser, manakala Malaysia pula kata kita main dengan taktikal yang baik.

 

Akhirnya Malaysia menang dalam perlawanan bolasepak tadi. Penyokong siber dari Indonesia seolah-olah tidak menerima kekalahan tersebut, maka banyak komentar yang keluar dari blog negara seberang ini.

 

Saya tidak mahu memperkatakan tentang cerita bolasepak Piala AFF Suzuki ini kerana demamnya sudah berlalu, tetapi sebagai bloggerz, adakah kita terfikir untuk mendapatkan rakan dan trafik daripada negara seberang itu.

 

Kita lupakan sengketa pasal bola, ambil yang positif!!!

 

Indonesia adalah sebuah negara yang amat besar jumlahnya dari segi penggunaan Internetnya. Ye le kan, tengok aje le berapa juta rakyat Indon kat sana. Indonesia boleh dijadikan target kita seterusnya untuk mengembangkan jumlah trafik blog kita. Mungkin juga blog kita tidak diminati atau tidak dibaca pun di negara sendiri, tetapi mana tau rakyat Indon suka dengan blog kita. Tidak begitu?

 

Kalau ada berani, cuba-cubalah mengembangkan bakat penulisan kita ke Indonesia pula, syaratnya anda fasih menulis dalam bahasa Melayu, dan tidak terlalu dicampur dengan bahasa asing yang lain. Itu sahaja.

Lagi bagus kalau anda tahu sedikit bahasa Jawa….!!!!

 

Dekat Indonesia ada juga beberapa tempat untuk ping blog. Tetapi agak sukar juga kerana tempat untuk ping blog daripada Malaysia sukar menembusi ping blog Indon no.. So kita harus mencuba….

 

Agak-agak kalau dah dapat trafik dari Indonesia, blog anda boleh dapat no 1 tak, mengalahkan blog personal mantop yang meraih pendapatan RM12k sebulan?