Tidur di tengahari

Benarlah kata orang, manusia dilahirkan tidak sempurna. Semua orang yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Contohnya macam saya. Kerja yang memerlukan penggunaan kepala otak ini ada hadnya. Jika sudah sampai tidak boleh berfikir lagi, kepala saya akan mereng sekejap. Tak pun mata mula rasa mengantuk.

Tetapi bekerja menggunakan fikiran juga boleh menyebabkan sakit kepala yang keterlaluan iaitu migrain. Kalau dah migrain, satu saja ubatnya iaitu TIDUR.... ZZZ  ZZZ ZZZ

Tapi kalau masih bekerja di waktu tengahari dengan air cond kat atas kepala... Hmmm depan komputer confirm mengantuk.

Tapi kata orang tua-tua, tidur pada waktu tengahari pun tak elok, takut rezeki menjauhi kita nanti. Benarkah begitu?